
Pelakon meningkat naik, Hanna Halim menafikan dakwaan dirinya menjalani pembedahan hidung semata-mata untuk kelihatan lebih cantik.
Hanna nafi ‘buat’ hidung

Ketika ditemui , Hanna Halim mengakui pernah dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
Bagaimanapun, dia menegaskan ianya bukanlah bertujuan untuk menjalani sebarang pembedahan kosmetik seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, sebaliknya bagi merawat masalah resdung yang sudah lama dialaminya.
Ya saya memang ada masuk hospital tapi bukan buat pembedahan hidung cuma pembedahan sebab saya alami resdung. Tak ada apa-apa perubahan pun, kalau tengok gambar saya dulu dan sekarang sama je.
Tambah pelakon filem Citra Aprtment ini lagi, sejak kebelakangan ini keadaan kesihatannya itu menjadi semakin serius sehingga menyebabkan dia berdepan dengan pelbagai komplikasi lain.
Kalau ikutkan saya ada sinus ni dah lama cuma sejak kebelakangam semakin kronik sampai ada jangkitan kuman, gusi berdarah dan banyak lagi. Sebab tu saya buat juga pembedahan.
Tempoh penyembuhan lebih kurang dua bulan dan sekarang baru dua minggu.
Hanna berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Metrowealth yang berlangsung di M World Hotel, baru-baru ini.
Apabila ditanya mengenai kemungkinan untuk menjalani pembedahan kosmetik, Hanna menjelaskan bahawa buat masa ini dia belum terfikir untuk berbuat demikian. Namun, dia tidak menolak kemungkinan akan mempertimbangkannya pada masa hadapan.
Buat masa ini saya tak terfikir nak buat pembedahan kosmetik untuk cantikkan wajah, tapi pada masa akan saya tak tahu.
Saya lebih sukakan natural beauty sebab bagi saya, bila hati kita bersih dan buat baik dengan orang, kecantikan tu akan terpancar dekat wajah kita. Itu pendapat saya tapi saya tak cakap orang yang buat pembedahan kosmetik berhati busuk.
Untuk info, Hanna bakal tampil menerusi filem terbitan Metrowealth International Group (MIG) iaitu Citra Apartment yang turut dibarisi pelakon Elisya Sandha, Liang Chia, Razdan Shamsudin dan ramai lagi.





