Pelakon dan pelawak, Enot mengakui sudah lali dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan kepadanya berkaitan dakwaan menjalinkan hubungan sejenis bersama wanita bernama Zack.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berat Badan Enot Kini 75kg, Netizen Terkejut Tengok Makin Langsing – ‘Kurusnya, Dah Macam Melly Goeslaw’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tok Kadi Mana Pula Yang Boleh Nikahkan Aku?’ – Enot Bersumpah Atas Nama Ibu, Nafi Kahwini Pengkid
Berdiam diri

Ketika ditemui , pemilik nama Aliza Abdullah, 47, berkata dia memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu perkara tersebut berpanjangan dan menjadi lebih teruk.
Saya budak convent dan kehidupan saya dikelilingi dengan pelbagi jenis orang.
Daripada dulu sampai sekarang, orang masih lagi mempertikaikan hubungan saya dengan Zack. Kami sudah rapat hampir 30 tahun.
Kami buat konten sekadar suka-suka. Kalau ada terpegang atau terpeluk bukannya haram pun. Kau nak tengok aku berpeluk dengan jantan ke? Itu lagi haram.
Orang selalu tanya kenapa tidak pergi cari lelaki? Saya sudah berkahwin dua kali. Hanya Allah sahaja tahu apa yang saya lalui.
Enot berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaharu pakaian wanita oleh sebuah jenama butik di Putrajaya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, ibu tunggal itu berharap orang ramai tidak terlalu menghukum setiap tindakan yang dilakukan olehnya dan juga Zack.
Kata Enot, dia turut berharap mereka diberikan ruang untuk berubah ke arah kebaikan.
Kami sama-sama berniat satu hari akan pergi menjejakkan kaki ke tanah suci.
Kami hanyalah manusia biasa yang mempunyai keinginan untuk berubah kepada yang lebih baik.
Allah pandang pada pengakhiran bukan pada awalnya. Apa yang orang doa baik untuk saya, Allah akan beri yang baik juga untuk mereka.
Sebelum ini, timbul dakwaan kononnya Enot telah ‘berkahwin’ dengan Zack. Namun, aktres itu menafikan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa hubungan mereka hanyalah sekadar sahabat baik sejak zaman persekolahan lagi.
Bagaimanapun, Enot menjelaskan mereka hanyalah sahabat baik sejak daripad bangku sekolah.
The post [VIDEO] Enot Dah Lali Dengan Kecaman, Fitnah Jalin Hubungan Sejenis first appeared on OHBULAN!.





