Seorang wanita diselubungi rasa bersalah apabila mengenangkan masa silamnya yang pernah terlanjur dengan seorang lelaki.
Artikel Berkaitan: Wanita Kahwini Lelaki ‘Virgin’ Akui Tidak Puas – ‘Sampai Teringat Masa Lalu Saya’
Artikel Berkaitan: Tiduri 4 Lelaki, Suami Halau Isteri Lepas Setahun Kahwin
Pernah terlanjur

Sekadar gambar hiasan
Menerusi hantaran di aplikasi X, seorang wanita berkongsi rasa bersalah terhadap tindakannya pada masa lalu dan meminta pandangan orang ramai untuk mengatasinya.
Tambah wanita berkenaan, dia berasa sedih kerana tidak dapat berterus terang walaupun menerima layanan baik daripada suaminya.
Saya dah berkahwin.
Pernah terlanjur dengan lelaki lain. Cuma tak ada perasaan apa-apa sebab hanya sekali saja.
Sekarang dengan suami rasa bersalah. Macam sedih.
Sebab dia baik, hari-hari peluk cium aku.
Dia bagi emas dan makan wagyu.
Solat taubat

Sekadar gambar hiasan
Berkongsi lebih lanjut, wanita tersebut memaklumkan dirinya sudah melakukan solat taubat namun masih diselubungi rasa bersalah.
Dah solat taubat. Tapi tak perlu bagitahu suami kan?
Aku suri rumah. Makan pakai semua cukup. Nafkah zahir batin cukup.
Aku yang jahat.
Sumber: X @meinmokthar
The post ‘Aku Pernah Terlanjur…’ – Isteri Penat Dihantui Rasa Bersalah, Suami Pula Memberi Layanan Sempurna first appeared on OHBULAN!.





