28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Christy Ng Spontan Buat ‘Content’ Dengan The Bengap Brothers – ‘Tak Sangka Popular’

    Shopee Sale

    Usahawan popular, Christy Ng mengakui dia berasa janggal dan kekok untuk beraksi di hadapan kamera pada awalnya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Christy Ng ‘Restock’ Pantri Cecah RM40K, Siap Sedia Barangan Mandi

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Christy Ng Berhabis RM30k ‘Restock’ Pantry Pejabat Curi Perhatian, Deodoran Pun Ada! – ‘Ini Dah Melanggar Hukum Majikan’

    Kena tebal muka

    Namun, lama kelamaan kata Christy, dia sudah serasi kerana boleh menjadi diri sendiri tanpa perlu ‘fake.’

    Mula-mula rasa kekok. Saya terpaksa tebalkan muka macam dinding, buat saja dan fikirkan kesannya kemudian.

    Jikalau saya rasa malu atau segan, tak akan dapat tarik perhatian.

    Apa yang kami lakukan adalah menjadi diri sendiri dan orang ramai pun sukakan sebab kelakar.

    Kami mahu orang seronok tengok kandungan kami, sambil menyampaikan mesej yang baik.

    Menurut Christy, dia juga tidak menafikan kandungan media sosial yang dipaparkan telah menyerlahkan sisi dirinya yang berbeza.

    Katanya, dia bersyukur kerana orang ramai menerima baik konten bersama pasukannya yang dikenali sebagai The Bengap Brothers.

    Kita hentam sahaja, tak sangka popular. Apa yang bagusnya, The Bengap Boys semuanya pekerja sepenuh masa, mereka ada tugas tersendiri dan tak sangka pula kandungan saya bersama mereka mendapat perhatian.

    Ramai anggap saya sudah berusia di sekitar 56 atau 57 tahun serta ramai ingat saya seorang yang garang. Muka saya serius tetapi saya seorang yang santai.

    Saya setuju apabila orang mengatakan saya buat konten dengan mereka, sisi humor saya mula menyerlah.

    Itu adalah keindahan konten kerana orang mula melihat sisi berbeza saya dan pekerja yang lain. Saya juga otak masuk dan gila-gila.

    Peminat bagi nama The Bengap Brothers

    Ditanya mengenai pemilihan nama The Bengap Brothers, Christy memberitahu idea itu datang daripada peminat media sosial.

    Sebenarnya, ia muncul secara spontan hasil parodi yang dilakukannya terhadap filem popular, Blood Brothers. Saya dan pasukan buat konten main hentam saja, tak sangka pula boleh viral.

    Akhirnya, warganet dan peminat menggelarkan pekerja saya dogelar The Bengap Brothers gara-gara parodi kami tentang filem Blood Brothers.

    Christy berkata demikian ketika acara pembukaan semula butik utamanya di MyTown Shopping Centre, pada Isnin.

    MENARIK:  Layan Soalan Mengenai Zuriat Selepas 6 Bulan Berkahwin, Nabila Razali Sabar Menjawab

    Pembukaan semula butik di MyTown menjadi satu pencapaian penting buat jenama ini yang sedang giat mengembangkan sayap di pasaran Asia Tenggara.

    Selepas kejayaan pelancaran butik utama di Jakarta, Indonedia pada Februari lalu, jenama ini bakal menembusi pasaran Filipina dengan pelancaran butik di Manila pada Oktober tahun ini.

    Usaha ini selaras dengan misi membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa.

    " data-video-id="7537960872719731986" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @official

    Tapi memang lawak konten Christy 😭😭 # #fyp #news #christyng #popular

    ♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The post [VIDEO] Christy Ng Spontan Buat ‘Content’ Dengan The Bengap Brothers – ‘Tak Sangka Popular’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah