25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Bunga Citra Lestari ‘Tutup Kilang’ Anak, Takut Tanggung Risiko – ‘Saya Sudah 41 Tahun’

    Shopee Sale



    Bunga Citra Lestari

    Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari memberitahu dia tidak mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata.

    Tiada perancangan hamil

    Bunga Citra Lestari

    Mengambil kira soal usia yang sudah menginjak 41 tahun, Bunga berkata, dia tidak mahu menanggung sebarang risiko buruk sekiranya hamil sekali lagi.

    Saya tiada baby bump pun, sebenarnya itu adalah memang bentuk badan saya. Sehingga ke hari ini saya ingin beritahu, saya tidak berniat untuk memiliki anak lagi.

    Noah (anak sulung) pun sudah meningkat remaja dan saya sudah berusia 41 tahun. Jadi dengan usia begitu saya rasa ia sedikit berisiko sekiranya hamil lagi.

    Saya ingin mengurangkan segala risiko supaya saya boleh hidup lebih lama dengan Noah.

    Bunga berkata demikian sejurus usai konsert minggu pertama Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur pada Ahad.

    Melanjutkan bicara, pelantun lagu Ingkar itu bagaimanapun tidak menolak rezeki Allah sekiranya dikurniakan zuriat.

    Bagaimanapun tiada siapa yang tahu dengan takdir Allah. Tiada siapa yang boleh menolak takdir-Nya.

    Sementara itu, disoal mengenai kehidupannya selepas berkahwin sekali lagi, Bunga berkata, dia gembira menjalani hidup bersama satu-satunya anak tunggalnya dan suami tercinta, Tiko Aryawardhana.

    Kita perlu jalani hidup ini dengan sebaiknya, saya dan keluarga gembira dengan kehidupan kami.

    Saya juga sudah berusia 41 tahun, jadi yang lebih utama adalah untuk memastikan hari demi hari adalah sentiasa baik dan indah.

    MENARIK:  PU Riz Tegur Pempengaruh, Jangan Normalisasikan Dosa Secara Terbuka – ‘Tutup, Tutup..Semoga Allah Ampunkan Kita’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah