Penyanyi dan usahawan, Nubhan sekali lagi menarik perhatian netizen dan isteri, Dr Afifah Hidayah selepas tindakannya membawa anak-anak bertemu dengan pembantu rumah.
Artikel Berkaitan: Dr Fadzilah Kamsah Nasihat Pasangan Duduk Semeja Selesaikan Masalah, Isteri Nubhan Respon – ‘Tapi Dah Terlambat’
Artikel Berkaitan: Nubhan Enggan Baca Komen Pasal Diri – ‘Saya Rasa Tidak Perlu, Nak Cari Pujian? Kita Tidak Hidup Dek Puji’
Anak-anak lari peluk pembnatu rumah
View this post on Instagram
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram miliknya, pemilik nama Ahmad Nubhan Haji Ahamad dilihat merakam momen anak-anaknya berlari memeluk pembantu rumah mereka seolah-olah sudah lama tidak berjumpa. Momen tersebut juga diiringi dengan kapsyen ringkas.
Rindu tak berpenghujung…
Komen Dr Fie

Namun, di sebalik momen menyentuh hati itu, Afifah turut meninggalkan komen yang mempersoalkan tindakan Nubhan.
Bibik lebih layak ke dari ibunya?
Bagaimanapun, tinjauan mendapati komen tersebut telah dipadam.
Untuk info, media sebelum ini melaporkan Nubhan telah memfailkan hadanah penuh serta interim terhadap anak-anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Terdahulu, Nubhan pernah melafazkan talak satu kepada Afifah pada 2017 sewaktu dia sedang enam bulan hamil anak pertama mereka.
Namun, mereka merujuk semula, bagaimanapun lafaz talak dan rujuk itu tidak dilaporkan kepada Mahkamah Syariah dan pejabat agama.
Kemudian, Nubhan selaku plaintif memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), rujuk dan lafaz talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Sekadar rekod, Nubhan dan Afifah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.
Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.
Sumber: Instagram
The post [VIDEO] ‘Bibik Lebih Layak Ke Dari Ibunya? – Isteri Persoal Tindakan Nubhan first appeared on OHBULAN!.





