Seekor kucing betina yang diberi nama Baby, dinobatkan sekali lagi sebagai juara dalam Pertunjukkan Kucing Antarabangsa anjuran Persekutuan Kucing Antarabangsa (Fife) yang berlangsung di Bucharest, Romania pada Ahad.
Artikel Berkaitan: Kucing Wany Hasrita Tolong Jaga Anak – ‘Totot Ada Tepi Aishah, Kadang Jilat Rambut Dia’
Artikel Berkaitan: Penyampai Berita TV3 Selamat Bernikah, Pilih Zoo Negara Sebagai Lokasi Perkahwinan
Kekalkan kemenangan
Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik kucing itu iaitu Rooaida Mohd Darus dan Shaharudin Shuib mengucapkan rasa syukur apabila haiwan peliharaan mereka itu dinobatkan sebagai pemenang.
Difahamkan Baby bersama seekor lagi kucing jantan iaitu Miko yang juga milik pasangan itu, turut bersaing sesama sendiri di peringat akhir bagi kategori Housecat Longhair.
Bermula dengan Bismillah berakhir dengan Alhamdulillah.
Kita berjaya lagi tahun ini, Baby mengekalkan kemenangan World Winner Title untuk tahun 2025 bagi kategori Housecat Longhair.
Untuk makluman lebih 750 ekor kucing dari 30 buah negara menyertai pertandingan antarabangsa itu bagi edisi kali ini.
Penyertaan bagi wakil Malaysia adalah sebanyak 14 ekor kucing dengan enam daripadanya layak ke peringkat akhir.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Baby’ Si Bulus Malaysia Rangkul Gelaran Juara Dunia Di Romania, Pertahankan Kemenangan Tahun Lalu first appeared on OHBULAN!.



WW25 WW24 NW19 BABY DSM DSW
#kelabkucingmalaysia 

