26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aliff Syukri Bidas Kenyataan Warganet Dakwa Sudah Miskin & Sangkak

    Shopee Sale

    Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menyelar kenyataan sesetengah warganet yang menyatakan dirinya sudah menjadi sangkak kerana setiap hari aktif melakukan siaran langsung (live) menjual produknya.

    Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Dipuji Tak Kekok Tidur Rumah ‘Bik Tudung’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Sebak ‘Bik Tudung’ Pulang Ke Indonesia

    Sangkak ke…

    Pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman, 38, menyatakan dia bukan tidak berduit sebaliknya mahu bersaing secara sihat dengan pesaing lain.

    Kata Aliff, secara sedar atau tidak, banyak pesaing yang mula wujud apabila ramai menggunakan platform media sosial untuk menjual produk mereka.

    Ada orang kata saya ni sudah miskin ke hari-hari buat live di TikTok? Dah sangkak sangat ke sampai pukul 4 pagi buat live?

    Sebenarnya bukan sangkak. Dalam kehidupan awak akan bersaing dengan orang lain. Bila pesaing saya bangun daripada tidur, kalau boleh saya tidak mahu mereka bangun.

    Biar saya bangun dahulu. Dalam perniagaan secara dalam talian, siapa yang collect paling banyak duit dia adalah pemenangnya.

    Bagaimanapun, suami kepada usahawan Datin Seri Shahida itu berkata dia cuba untuk mengekalkan kedudukan pertama di TikTok dengan melakukan live setiap hari sekaligus mengalahkan pesaingnya yang lain.

    Sebelum pukul 12 tengah malam saya akan pastikan saya berada di tempat pertama (untuk live di TikTok).

    Kalau saya tidak duduk di tempat tiga teratas itu bukan saya.

    Saya mahu setiap hari berada di tempat nombor satu dan paling busuk pun nombor dua.

    Tapi selalunya saya kekalkan nombor satu.

    Sumber: TikTok

    MENARIK:  ‘Ardell Antara Mencuri Tumpuan Pada Misi Kali Ini Sebab Itu Dia Kena!’ – Nadzmi Adhwa

    The post [VIDEO] Aliff Syukri Bidas Kenyataan Warganet Dakwa Sudah Miskin & Sangkak first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah