Penyanyi, Shila Amzah mendedahkan suaminya, Ubai Mz sangat memahami dan menerima kekurangannya terutama dalam hal menguruskan pakaian.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Minta Netizen Berhenti Perlekehkan Syada – ‘Semua Sudah Dewasa, Belajar Jadi Matang’
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Raikan 25 Tahun Perjalanan Seni, Hadiahkan Konsert Istimewa Untuk Peminat
Lipat baju

Menerusi perkongsian di Threads, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, berkongsi bahawa dia mengambil masa yang agak lama untuk melipat pakaian.
Bagaimanapun, Ubai memilih untuk menerima kekurangannya itu.
Ubai tahu saya memang tidak suka lipat baju. Tapi alhamdulillah dia terima kekurangan saya.
Dulu kalau kena lipat baju, duduk depan televisyen ada tiga jam tidak habis-habis.
Kalau Ubai lipat, sekejap je baju habis dilipat. Saiz pun sama saja.
Untuk rekod, Shila dan Ubai selamat diijabkabulkan di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 5 Ogos 2023.
Untuk rekod, Shila dan Ubai berkahwin pada Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei tahun lalu.
Shila juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Seth Uwais hasil perkahwinan dengan bekas suami Haris Edraki.
Sumber: Threads
The post ‘Ubai Tahu Saya Tidak Suka Lipat Baju, Alhamdulillah Dia Terima Kekurangan Saya’ – Shila Amzah first appeared on OHBULAN!.





