Detik gembira bertukar tragedi apabila suami kepada penyanyi popular Shila Amzah, Ubai MZ mengalami kecederaan serius terseliuh buku lali dan retak pada kaki ketika bermain pada perlawanan futsal semalam.
Artikel Berkaitan: Netizen Tabik Ubai Mz Tak Pilih Kerja Nak Tambah ‘Duit Tepi’ – ‘Seronok Juga Jadi Penghantar Barang’
Artikel Berkaitan: Wanita Fitnah Ubai Mz ‘Biawak Hidup’ & Ditanggung Shila Amzah Tampil Mohon Maaf – ‘Saya Amat Kesal’
Kaki retak

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli meluahkan rasa sedih atas nasib yang menimpanya.
Bagaimanapun, Ubai menerima ketentuan yang berlaku dengan redha dan akibat kecederaan itu dia membuat keputusan untuk mengambil cuti panjang bagi proses pemulihan.
Kecederaan teruk dalam perlawanan petang Khamis.
Terseliuh buku lali dan kaki retak. Sedih, tapi benda dah berlaku. Redha je lah.
Saya cuti panjang kawan-kawan.
Sementara itu, Shila memaklumkan bahawa ini merupakan kali kedua suaminya mengalami kecederaan ketika bermain futsal.
Punca bola ni dah dua kali. Hari itu kepala, ni kaki pula.
Kawan-kawan dilarang ajak dia main bola ke, pergi ride ke semua tu saya tidak benarkan.
Sumber: Threads (1), (2)
The post Ubai Mz Cedera Buku Lali & Kaki Retak Ketika Main Futsal, Shila Amzah Seloroh ‘Sound’ Kawan-Kawan – ‘Dilarang Ajak Lagi, Saya Bangkang’ first appeared on OHBULAN!.