Kalau korang jenis susah tidur sebab panas waktu malam, berita baik ini memang khas untuk korang.
Pengeluar kelengkapan tidur terkemuka, Getha, baru sahaja memperkenalkan Transforme Miracle Latex, koleksi tilam dan bantal inovatif yang direka khas untuk memberikan pengalaman tidur lebih sejuk, selesa dan berkualiti, terutamanya dalam cuaca tropika seperti di Malaysia.
Majlis pelancaran koleksi ini berlangsung di The Exchange TRX, menampilkan rangkaian tilam, bantal dan bantal peluk yang menggunakan teknologi terkini berasaskan susu getah asli diperkaya Graphite Plus.
Teknologi Graphite Plus: lebih anjal, lebih sejuk

Menurut Pengarah Projek Getha, Kevin Tan, teknologi Graphite Plus bukan sahaja meningkatkan keanjalan susu getah, malah membantu pelesapan haba dan mengekalkan kebersihan permukaan tilam.
“Gabungan ini menjadikan tilam lebih tahan lama, bersih dan memberi tidur lebih nyenyak walaupun dalam cuaca tropika yang panas dan lembap,” katanya.
Lebih menarik, hasil ujian Lembaga Getah Malaysia menunjukkan Miracle Latex adalah 4 kali lebih anjal berbanding bahan konvensional dan 1.5 kali lebih anjal berbanding susu getah asli biasa.
Keanjalan ini membantu menyokong tubuh secara ergonomik, mengurangkan tekanan dan memastikan rehat yang lebih berkualiti setiap malam.
Fabrik BioCool pertama di Malaysia

Satu lagi highlight utama ialah penggunaan fabrik BioCool, fabrik sejuk semula jadi pertama di Malaysia yang diperbuat daripada serat tebu 100 peratus.
Fabrik ini direka untuk:
- Meningkatkan aliran udara
- Mengekalkan suhu tidur lebih stabil
- Mengurangkan kebergantungan kepada penghawa dingin
Ia turut dilengkapi perlindungan Nano Silver antibakteria selama 24 jam serta tenunan benang karbon hitam untuk fungsi antistatik, menjadikan permukaan tidur lebih bersih, segar dan selamat.
Katil pintar dengan sistem angkat automatik
Bukan sekadar tilam dan bantal, Getha turut memperkenalkan bingkai katil dengan sistem pengangkat automatik menggunakan motor hidraulik dari Jerman.
Dengan hanya satu sentuhan butang, tilam berat boleh diangkat dengan mudah dan mendedahkan ruang simpanan tersembunyi di bawah katil. Reka bentuk tenggelamnya pula memudahkan pertukaran cadar — memang praktikal untuk kegunaan harian.
Harga dan promosi pelancaran
Koleksi Transforme Miracle Latex merangkumi empat produk utama iaitu tilam, bantal, bantal peluk dan bantal permulaan Miracle Latex dengan harga bermula serendah RM399 hingga RM8,999.
Sempena pelancaran, Getha menawarkan diskaun sehingga 35% serta program tukar beli dengan rebat sehingga RM1,500. Menariknya, tilam saiz queen boleh dimiliki pada harga RM3,699 sahaja. Fuh, serius menarik!
Kekal sebagai peneraju industri
Kevin Tan turut menegaskan inovasi ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Getha untuk memperkukuh pertukangan susu getah asli dan mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju industri kelengkapan tidur.
Untuk rekod, Getha telah meraih Anugerah Jenama Tahunan sebanyak 10 kali dalam tempoh sedekad, dengan majlis penyampaian berlangsung di lokasi berprestij antarabangsa seperti Istana Kensington London, Menara London dan Muzium Seni Halus Osaka.
Nampaknya, kalau nak tidur lebih sejuk dan berkualiti tanpa bergantung sepenuhnya pada aircond, Transforme Miracle Latex mungkin jawapannya.
The post Tidur Lebih Sejuk Dan Nyenyak! Getha Lancar Transforme Miracle Latex Khas Untuk Cuaca Tropika first appeared on OHBULAN!.





