Nama penyanyi dan pelakon Bella Astillah, sekali lagi menjadi sebutan hangat netizen selepas hantaran terbaharunya di media sosial seolah-olah memberi ‘bayangan’ tentang status hubungannya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Bella, Syed Saddiq bakal tamat zaman solo?
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram, Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, memuat naik foto dirinya dan Syed Saddiq dengan berlatar belakangkan lagu cinta abadi, Malam Bulan Di Pagar Bintang nyanyian asal Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma.
Pilihan lagu itu seolah-olah memberi gambaran bahawa pasangan ini sedang dalam fasa bahagia dan mungkin bakal melangkah ke fasa perkahwinan tidak lama lagi.
Menerusi foto tersebut, bekas isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini kelihatan sangat jelita mengenakan busana kebaya labuh manakala Syed Saddiq menggayakan kemeja.
Bagaimanapun, Bella tidak menjelaskan secara terperinci mengenai foto tersebut, sebaliknya hanya meninggalkan kapsyen ringkas yang membuatkan peminat tidak sabar menantikan jawapan.
Maka esok ini, hari raya atau tidak?
Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis mendoakan kebahagiaan buat Bella.
Malah pelakon Mira Filzah juga sempat meninggalkan komen berbaur usikan sekali gus menguatkan lagi spekulasi tersebut.
Komen

Sumber: Instagram Bella Astillah
The post ‘Tanya Pasal Raya Ke Hari Bahagia?’ – Mira Filzah Usik Hantaran Foto Hitam Putih Bella Astillah & Syed Saddiq first appeared on OHBULAN!.





