
Personaliti media sosial dan usahawan, Cik Epal mengucapkan tahniah kepada bekas suaminya, Jofliam kerana selamat bernikah bersama pilihan hatinya, Emira Delyati Dewi pada Sabtu.
‘Semoga berjaya layan tantrum abang’

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Murni Mahmud turut berseloroh mengucapkan tahniah kepada anak-anaknya kerana telah mendapat ‘bibik’ baru.
Tahniah Han dan Yuki dapat bibik baru. Untuk Dewi, semoga berjaya melayan tantrum abang.
Jaga abang elok-elok sebab abang memang lemah dengan perempuan macam kau. Kalau takut abang curang lagi, bolehlah sorok abang dalam almari.
Kepada pasangan penyondol suami dan isteri orang, semoga berbahagia hingga ke neraka. Sesungguhnya kamu berdua memang ditakdirkan untuk neraka.
Sebentar tadi, Ohbulan! melaporkan Jofliam dan Dewi sah bergelar suami isteri dalam satu majlis hari ini.
Imbas kembali, Dewi didakwa merupakan wanita yang menjadi punca keretakan rumah tangga Jofliam dengan Cik Epal.
Jofliam kemudian mengaku menjalinkan hubungan cinta dengan Dewi yang juga pekerjanya dan memaklumkan akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Bagaimanapun, mereka bercerai pada tahun lalu selepas 10 tahun hidup bersama.





