Video raya yang dikongsikan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mencuri perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: ‘Tanya Pasal Raya Ke Hari Bahagia?’ – Mira Filzah Usik Hantaran Foto Hitam Putih Bella Astillah & Syed Saddiq
Netizen nampak hantaran?
View on Threads
Menerusi video yang dikongsikan di Threads memaparkan momen di mana Syed Saddiq menyambut hari pertama Aidilfitri bersama keluarga tercinta.
Syed Saddiq dilihat bersalaman dan bermaaf-maafan dengan ibu bapanya sebelum mereka bersama ahli keluarga lain berjoget.
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah bungkusan-bungkusan hadiah dan barangan yang disusun kemas di atas lantai.
Netizen mula membuat spekulasi dan mendakwa barangan tersebut kelihatan seperti set hantaran pertunangan atau perkahwinan.
Malah tidak kurang juga ada yang mendakwa bekas Menteri Belia dan Sukan itu dan penyanyi, Bella Astillah bakal mengadakan hari bahagia mereka selepas raya.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak berhubung isu tersebut.
Sebelum ini, Bella memuat naik foto dirinya bersama Syed Saddiq dengan berlatar belakangkan lagu cinta abadi, Malam Bulan Di Pagar Bintang nyanyian asal Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma.
Pilihan lagu itu seolah-olah memberi gambaran bahawa pasangan ini sedang dalam fasa bahagia dan mungkin bakal melangkah ke fasa perkahwinan tidak lama lagi.
Komen netizen

Sumber: Threads Syed Saddiq
The post Syed Saddiq Kongsi Video Dengan Keluarga, Netizen Tanya – ‘Itu Hantaran Ke? Get Ready Seminggu Lepas Raya’ first appeared on OHBULAN!.





