28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak Lelaki Ayda Jebat Dijangkiti Influenza – ‘Mohon Doa Aali Mateen Cepat Sembuh’

    Shopee Sale



    Ayda Jebat

    Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat memaklumkan anak keduanya, Aali Mateen telah dijangkiti virus influenza.

    Dijangkiti influenza

    Ayda Jebat

    Menerusi hantaran di Instagram, Ayda atau nama lengkap Nur Suhada Jebat, 33, memberitahu, anaknya itu sedang dikuarantin dan meminta semua mendoakan kesembuhan buatnya.

    Baru Aali Mateen pandai berjalan, kena influenza pula. Dedek (panggilan Aali Mateen) sedang kuarantin sekarang.

    Mohon doakan dia cepat sembuh lepastu boleh makan banyak dan pergi jalan. Bila anak sakit, saya pun lemah. Nanti dah sihat, mama gigit awak.

    Menerusi hantaran sama, Ayda turut memuat naik video memaparkan gelagat Aali yang sudah pandai berjalan.

    MENARIK:  [VIDEO] Pemandi Jenazah Kongsi Kisah Mayat Pakai Susuk – ‘Hujan Turun Selebat-Lebatnya, Ada Saja Aral’

    Dalam pada itu, isteri kepada pengacara, Nabil Mahir juga berpesan kepada semua supaya menjaga kesihatan.

    Jaga diri semua, sekarang macam-macam virus demam dan sebagainya. Ambil ‘supplement’ dan makan makanan berkhasiat supaya badan kuat.

    Sekadar info, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Ana Nayla dan Aali Mateen.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah