25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, October 3, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syazwan Razak Tak Ambil Hati Wajah Dipersoal Tidak Setampan Syafiq Kyle – ‘Tak Terfikir Nak Jadi Macam Dia’

    Shopee Sale

    Adik kepada pelakon Syafiq Kyle iaitu Syazwan Razak tampil memberi penjelasan apabila ada segelintir netizen yang sering membandingkan wajah mereka.

    Artikel Berkaitan: ‘Lebih Baik Tunggu Dia Sendiri Cakap’ – Adik Syafiq Kyle

    ‘Tak sehelok Syafiq’

    Syazwan berkata, dia menyedari wujud segelintir pihak yang berharap dirinya kelihatan lebih kacak daripada Syafiq, namun menganggap hal itu sekadar perbezaan pandangan.

    Netizen selalu berharap adik Syafiq mesti lebih comel daripada abangnya. Itu anggapan saya sahaja, betul atau tidak saya kurang pasti.

    Bila saya muncul, orang nampak saya tak sehelok (kacak) abang. Ada yang kata saya gemuk, saya kembang. Padahal saya sendiri tak pernah terfikir nak jadi macam dia.

    Malah, Syafiq sendiri cakap saya bukan ikut dia pun. Cuma, kami ada minat yang sama dalam industri hiburan.

    Syazwan berkongsi perkara itu menerusi podcast Ashhrapp Channel.

    MENARIK:  Joey Daud Kembali Dengan Lagu ‘Wamwamsam’ Selepas 30 Tahun – ‘Kalau Tak Boleh Go Mungkin Ini Terakhir’

    Berkongsi perjalanan seninya, Syazwan menafikan dia muncul dalam industri disebabkan pengaruh dan menumpang populariti abangnya.

    Ada yang komen kata “dia ni tak sebagus Syafiq” atau “dia ini masuk sebab kabel abang dia”. Kabel abang saya, bukan abang kau.

    Yang masuk industri ini saya, kalau nak pakai kabel lama dah buat. Kenapa pula sekarang baru nak pakai?

    Tambah Syazwan, Syafiq sentiasa memberi sokongan penuh terhadap apa sahaja langkah yang diambilnya dalam dunia seni.

    Saya nampak Syafiq gembira bila saya masuk industri. Alhamdulillah, kami saling sokong antara satu sama lain. Itu yang penting, brothers sentiasa di belakang.

    Sumber: TikTok

    The post Syazwan Razak Tak Ambil Hati Wajah Dipersoal Tidak Setampan Syafiq Kyle – ‘Tak Terfikir Nak Jadi Macam Dia’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah