Usahawan dan personaliti media sosial, Syafiqah Aina tampil memberikan penjelasan berhubung isu surat penghargaan yang diberikan oleh suaminya, Hafiz Mahamad kepada keluarga pekerja mereka.
Artikel Berkaitan: Hafiz Mahamad Dikecam Netizen Dek Kerana Surat Penghargaan Buat Staf – ‘Kerja Sampai Lewat Malam, Font Surat Tak Selaras’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Mahamad Hargai Usaha Syafiqah Aina Uruskan Kedua Anak – ‘Benda Yang Awak Buat Itu Tak Mudah’
Penjelasan Aina
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Nursyafiqah Aina Abdul Wahab itu memaklumkan bahawa pada awalnya pihaknya telah menulis surat tersebut secara formal dan berdasarkan format rasmi.
Namun, Hafiz tidak mengikut format tersebut dan memilih gaya penulisan yang lebih bersifat peribadi untuk diberikan kepada penerima surat berkenaan.
Surat ni HR (Bahagian Sumber Manusia) sudah sediakan ikut format formal, tapi mengenali Hafiz, saya tahu dia takkan okay dengan surat formal tu sebab bukan jiwa dia.
Jadi apabila HR berikan kepada saya, saya dapatkan kepastian semula kepada dia dan bertanya sama ada okay atau tidak.
Sebab saya tahu dia takan proceed surat rasmi dengan ayat yang a bit straight forward dan baku!
Menurut Syafiqah, Hafiz mengetahui tentang format menulis surat rasmi tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian kerana baginya cara penyampaian dan penerimaan akan menjadi berbeza.
Hafiz tahu format surat yang dia buat. Dia memang pilih untuk buat surat yang sangat santai dan lebih peribadi. Hafiz ni orangnya sentimental sikit.
Tak suka benda yang formal, dia lebih suka buat sesuatu yang lebih dekat, lebih peribadi sebab lebih sampai ke hati orang yang baca.
Lagipun surat ni nak bagi pada pasangan staf, tanda terima kash dan kebanyakkan pasangan staf yang dapat surat ni pun, bekerja dengan AINAA / AINAA Clinic juga. Jadi tak salah pun nak buat surat personal macam ini sebab masing-masing dah macam keluarga.
Lainlah nak buat surat untuk hantar ke kerajaan, officer ke, pejabat ke..yang tu mestilah kita tahu nak kena buat surat rasmi, ada salutation, text aligment kena justified, font size kena betul dan lain-lain.
Kita tahu je benda tu. Bukan tak sekolah, kan.
Selain itu, ibu kepada dua orang anak tersebut juga memberikan respon terhadap isu voucher spa yang diberikan sebagai tanda penghargaan.
Payment voucher tu pun, spa tu memang cetak je sebab kita nak cepat. Jadi dia tak mampu nak keluarkan voucher dalam masa yang singkat.
Biarlah berapa pun harganya, yang penting common sense untuk menghargai masa, tenaga dan sokongan keluarga yang bagi pasangan mereka cari rezeki. Sebab tak semua majikan mampu buat benda tu walaupun banyak duit.
Minta netizen bertenang
View on Threads
Dalam masa sama, Syafiqah juga meminta orang ramai supaya bertenang dan baginya adalah tidak wajar untuk memanjangkan isu berkenaan.
Chill la korang, benda macam ini tak perlu pun nak dijadikan isu. Kita semua dah tua, banyak lagi benda penting untuk difikir.
Kan tak susah untuk support benda baik yang orang buat. Kenapa yang baik kita buat buat tak nampak, tapi kita sibuk nampakkan benda yang tak beri manfaat.
Doakan yang baik-baik untuk kami, kami nak hidup bagi manfaat je. Tak nak cari pasal dengan sesiapa sebab nak hidup betul-betul gembira, tenang dan cukup.
Terdahulu, Hafiz dihujani dengan pelbagai reaksi selepas memuat naik surat tersebut di media sosial.
Surat itu menarik perhatian warganet kerana ia dilihat tidak mengikut format surat rasmi yang sepatutnya. Malah ada juga yang kurang senang dengan mendakwa mereka membiarkan staf bekerja sehingga lewat waktu.
Sumber: Threads
The post Syafiqah Aina Pertahankan Hafiz Mahamad Isu Surat Penghargaan Staf – ‘Dia Memang Pilih Buat Secara Santai & Lebih Personal’ first appeared on OHBULAN!.





