
Pelakon terkenal, Syafiq Kyle, mengumumkan bahawa dirinya kini sah bergelar suami kepada aktres jelita, Mimi Lana, pada 14 Februari.
Peminat kecewa

Pengumuman perkahwinan ini mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-ratanya teruja dan mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.
Namun, ada dalam kalangan peminat wanita meluahkan rasa kecewa dan patah hati apabila melihat aktor kesayangan mereka kini sudah bahagia bersama wanita pilihan hatinya.
Bagaimanapun, rata-rata daripada mereka tetap mendoakan kebahagiaan Syafiq dan Mimi selain berharap agar ikatan perkahwinan pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
Komen

Terdahulu, Syafiq mencuri perhatian apabila memuat naik foto tangannya yang memegang tangan Mimi bersama dua bentuk cincin di IG.
Teka-teki itu kemudiannya terjawab selepas sumber rapat mengatakan pasangan itu akan bernikah hari ini.
Sebelum ini Syafiq dan Mimi sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos tahun 2023, namun majlis itu dibatalkan.
Tidak memperincikan punca pembatalan perkahwinan itu, Syafiq dan Mimi bagaimanapun mengaku tetap berkawan baik dan boleh bekerjasama dalam satu drama atau filem.





