Menjelang beberapa hari sebelum bermulanya Ramadan, pelakon Sweet Qismina berharap agar media sosial dapat dipenuhi dengan lebih banyak perkongsian berunsur ilmiah dan sejarah Islam sepanjang bulan suci itu.
Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Kongsi Pengalaman Pelakon ‘Stuck’ Imej Kanak-Kanak – ‘Saiz & Wajah Tak Boleh Diubah, Tanpa Peluang Macam Mana Nak Baiki?
Perkongsian manfaat

Menerusi hantaran di platform Threads, Sweet, 28, menyeru orang ramai khususnya golongan berilmu, memanfaatkan Ramadan dengan berkongsi ilmu bermanfaat berbanding perkara bersifat negatif.
Ramadan, tolong orang-orang berilmu kongsi kisah-kisah macam ini (Islam). Tidak mahu gosip, tidak mahu kutuk-mengutuk, tiada perli-memerli.
Dalam perkongsian sama, isteri kepada pelakon Adam Lee itu turut memuat naik semula satu hantaran seorang individu yang berkongsi kisah sejarah Islam, mengenai kisah darah manusia Islam pertama yang tumpah.
Pandangan yang dilontarkan Sweet itu menerima reaksi positif daripada rata-rata pengguna media sosial yang bersetuju bahawa Ramadan seharusnya dimanfaatkan sebagai bulan untuk memperbanyakkan ilmu dan refleksi diri.
Ramai netizen berpandangan bahawa perkongsian berbentuk ilmiah, sejarah dan keagamaan bukan sahaja memberi manfaat kepada pembaca, malah secara tidak langsung dapat menambah ganjaran pahala.
Malah, segelintir wargamaya turut menyuarakan harapan agar suasana media sosial pada Ramadan akan lebih tenang, matang dan fokus kepada perkara yang membawa kebaikan.
Sumber: Threads
The post Sweet Qismina Harap Banyak Perkongsian Ilmiah Sepanjang Bulan Ramadan – ‘Tidak Mahu Gosip’ first appeared on OHBULAN!.





