27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sudah Tiba Masanya Untuk Jadi Lebih Kuat, Reda Dengan Segala Ketentuan & Perbaiki Diri’ – Bekas Isteri Hisyam Hamid

    Shopee Sale



    Bekas isteri pelakon, Hisyam Hamid iaitu Rosmawati Hanafi memberitahu dia menyimpan rapi kisah hidupnya dan menyifatkan perceraian yang berlaku adalah satu kehilangan yang berat serta meninggalkan pelbagai pertanyaan kepada dirinya.

    Mungkin rasa kehilangan

    Memetik laporan Harian Metro, Mel berkata, semua yang terjadi pasti mempunyai sebab dan dia akan menjadi lebih kuat pada masa akan datang.

    Semua yang berlaku pasti bersebab. Setiap patah hati dan kekecewaan membawa rahmat yang tersembunyi. Saya mungkin berasa kehilangan sekarang, bergelut dengan soalan yang seolah-olah tiada jawapan.

    Saya melalui 1,000 perkara dalam hidup yang orang tidak tahu. Saya mengalami perkara-perkara yang menggoncangkan, mengubah, menghancurkan, membina dan mengajar saya lebih kuat yang pernah saya fikirkan.

    Hati saya mungkin terluka sekarang, tapi perasaan ini tidak akan kekal lama. Hati saya akan pulih semula pada masa yang terbaik. Namun buat waktu ini, sudah tiba masanya untuk jadi lebih kuat, reda dengan segala ketentuan dan memperbaiki diri.

    Sebelum ini, Hisyam Hamid memberitahu perkahwinan yang dibina bersama Mel sudah berakhir. Walau bagaimanapun, Hisyam tidak memdedahkan punca perceraian mereka. Ujar Hisyam, mereka masih berkawan baik.

    MENARIK:  [VIDEO] Hafiz Suip & Adira Hanya Berkawan – ‘Masing-Masing Sudah Ada Kehidupan’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah