Penyanyi Amira Othman tampil memberikan penjelasan berkenaan nyanyiannya bersama suami yang juga aktor, Fattah Amin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Dedah Suami Kerap Hantar Video Resipi – ‘Saya Kena Faham Yang Dia Nak’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Mohon Privasi & Ruang, Tiba Masa Akan Dikongsikan’ – Amira Othman Jawab Dakwaan Hamil
Penjelasan Amira

Amira dan Fattah baru-baru ini beradu suara menerusi lagu For The Rest Of My Life versi Bahasa Melayu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi antarabangsa, Maher Zain.
Pasangan selebriti itu dilihat memuat naik muzik video nyanyian tersebut di akaun Instagram masing-masing.
Bagaimanapun, terdapat seorang warganet meninggalkan komen dengan mendakwa nyanyian Fattah kedengaran tenggelam.
Pemilik nama Nadia Amira Othman, 32, itu kemudian mempertahankan suaminya dan memaklumkan bahawa Fattah hanya mahu mengharmonikan lagu tersebut dan bukan bertindak sebagai suara utama.
Suara Fattah bukan tenggelam. Dia yang purposely tak nak menyanyi main, dia nak harmoni sahaja.
Dia suruh saya menyanyi main melody.
Jadi memang kalau harmoni ia akan layer dengan main melody.
Komen netizen

Di laman Threads, rata-rata warganet memahami konsep nyanyian Amira dan Fattah itu selain turut memuji keserasian mereka menyampaikan lagu berkenaan.
Sementara itu, tinjauan mendapati muzik video lagu tersebut setakat ini telah meraih sebanyak 59,000 tontonan di YouTube selepas dua hari dimuat naik.
Sumber: Instagram & Threads
The post ‘Suara Fattah Amin Bukan Tenggelam, Dia Nak Harmonikan Sahaja’ – Amira Othman first appeared on OHBULAN!.





