Penyampai radio, Sharifah Shahirah menyokong penuh minat anaknya, Auddra yang sejak dahulu lagi meminati dunia seni.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Odah..Kalau Dah Jadi Artis Nanti, Jangan Jadi Penyondol’ – Sharifah Shahirah Nasihat Anak
Artikel Berkaitan: ‘Artis Bukan Tidak Bijak, Tapi Perincian Dalam Kontrak Ada Masanya Mengelirukan’ – Sharifah Shahirah
Sokong minat anak

Ketika ditemui , Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, 51, berkata dia tidak akan menghalang minat Auddra untuk menjadi seorang selebriti kerana anaknya lebih cenderung ke arah itu.
Saya teruskan saja sebab dia asyik cakap nak jadi seperti saya.
Kalau bab sekolah pula dia nampak kurang minat. Dekat sekolah kalau mata pelajaran itu kurang menarik dia memang tidak boleh duduk diam.
Kalau ada yang menarik seperti sukan dia akan terus bersemangat.
Ketika ditanya mengenai arah Auddra dalam dunia seni, Shiera tidak menafikan anaknya telah menerima beberapa tawaran lakonan susulan peningkatan popularitinya selepas kemunculan dalam program Talk To My Manager.
Pantau

Bagaimanapun, Shiera berkata dia tetap akan memantau aktiviti Auddra kerana bimbang anaknya mengalami tekanan secara senyap.
Dia memang ada terima tawaran lakonan. Saya tidak ambil semua. Tapi saya risau sebab saya sudah pernah jadi pelakon dan tahu kesusahannya.
Kalau boleh kena ada undang-undang untuk budak-budak sebab nanti mereka akan penat. Mereka bukan seperti pelakon dahulu yang mereka boleh lenjan tanpa henti.
Kalau ambil banyak sangat episod takut susahkan orang lain. Saya kena ajar Auddra tentang displin dahulu, kemudian baru lepaskan dia.
The post Sharifah Shahirah Beri Sokongan Penuh Auddra Jadi Artis – ‘Dari Kecil Dia Asyik Cakap Nak Jadi Macam Saya’ first appeared on OHBULAN!.





