Kakak ipar kepada Aslam iaitu Nadiah Mazlan mengesahkan suami kepada Misya dan Marissa Dania Hakim sudah berkahwin di Songkhla Thailand, pada Disember lalu.
Susulan itu, akaun Instagram ibunya iaitu pelakon, Abby Abadi diserang oleh netizen yang tidak berpuas hati dengan perbuatan Marissa mengganggu kebahagiaan rumah tangga Misya.
Tahniah dapat menantu!
Menerusi pemerhatian pihak , netizen mula membanjiri ruangan komen pelakon ‘Gerak Khas’ tersebut. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Abby berikutan berita viral mengenai anak keduanya itu.
Meskipun belum tampil dan memberikan sebarang komen mengenai apa yang berlaku, rata-rata netizen percaya bahawa Abby dan Norman sedang melalui fasa yang amat sukar pada waktu ini.
Malah, ada segelintir pihak berharap netizen dapat menjaga lisan tatkala meninggalkan komen di media sosial Abby Abadi mahupun Norman Hakim.
Terdahulu, berjaya menghubungi kakak kepada isteri pertama Aslam iaitu Nadiah Mazlan. Menerusi kiriman mesej yang dibalas, Nadiah mengesahkan kebenaran berita perkahwinan Marissa dengan Aslam di Songkhla, Thailand.
Kata Nadiah secara ringkas, butiran yang didedahkan dalam laporan media juga tepat.
Aaah ya betul (Marissa dan Aslam nikah di Thailand). Cerita sama macam apa yang dihebahkan.
Hari ini, laporan media mendedahkan Marissa dan Aslam telah melangsungkan pernikahan pada Disember lalu.
Pasangan itu dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya Mazlan dan keluarga Marissa.
Terdahulu, Marissa menerima kecaman hebat sekitar setahun yang lalu apabila timbulnya dakwaan yang mengatakan dia menjadi orang ketiga dan penyebab kehancuran rumah tangga Misya.
Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.