24.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Selepas Cha Eun Woo, Kini Kim Seon Ho Pula Didakwa Elak Bayar Cukai

    Shopee Sale

    Selepas pelakon dan penyanyi, Cha Eun-woo, kini aktor Korea Selatan iaitu Kim Seon-ho pula didakwa menubuhkan sebuah syarikat bagi tujuan pengelakan cukai.

    Artikel Berkaitan: Cha Eun Woo Nafi Masuk Latihan Tentera Sebab ‘Lari’ Isu Cukai, Akan Bertanggungjawab & Beri Kerjasama

    Artikel Berkaitan: Tubuh Syarikat Sendiri Atas Nama Ibu & Tipu Jumlah Pendapatan, Cha Eun Woo Elak Bayar Cukai RM55 Juta?

    Kim Seon Ho elak cukai?

    Memetik laporan media tempatan, Kim didakwa menubuhkan sebuah syarikat penerbitan teater pada Januari 2024 dan mendaftarkannya menggunakan alamat kediamannya di Daerah Yongsan, Seoul.

    Malah ibu bapa Kim turut didakwa menerima bayaran gaji sebagai pengarah dalaman dan juruaudit syarikat tersebut, selain menggunakan kad kredit korporat untuk perbelanjaan peribadi. 

    Di bawah undang-undang Korea Selatan, penggunaan dana syarikat untuk tujuan peribadi boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan jenayah, termasuk pecah amanah atau penyelewengan.

    Lebih mencetuskan kontroversi, bapa Kim juga didakwa mendaftarkan kenderaannya atas nama syarikat, sekali gus membolehkan kos berkaitan dituntut sebagai perbelanjaan korporat dan berpotensi mengurangkan tanggungan cukai syarikat berkenaan.

    MENARIK:  2 Bulan ‘Menghilangkan Diri’, Ibu Aliff Aziz Kembali Kongsi Kata-Kata Islamik – ‘Allah Beri Ketenangan Kepada Kami’

    Bagaimanapun, agensi Kim, Fantagio, menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa syarikat berkenaan tidak pernah ditubuhkan untuk mengelak atau menghindari cukai.

    Kim Seon-ho kini berada di bawah kontrak eksklusif bersama Fantagio dan mematuhi sepenuhnya semua prosedur undang-undang serta percukaian berkaitan kontrak dan aktiviti profesionalnya.

    Agensi itu juga memaklumkan bahawa Kim kini dalam proses menutup syarikat tersebut kerana tiada sebarang operasi perniagaan sebenar dijalankan sejak kira-kira setahun lalu.

    Sebelum ini, pelakon dan penyanyi cha Eun-woo didakwa berhutang lebih 20 bilion won (sekitar AS$14 juta) kepada Perkhidmatan Cukai Kebangsaan Korea melibatkan cukai tertunggak dan penalti.

    Cha didakwa menubuhkan sebuah syarikat atas nama ibunya bagi membolehkan pendapatannya dikenakan cukai pada kadar korporat yang lebih rendah. Media Edaily melaporkan bahawa pendapatan Cha dikongsi antara syarikat ibunya dan Fantagio menerusi kontrak subkontraktor.

    Fantagio memaklumkan bahawa pihak agensi dan Cha akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa cukai.

    Sumber: Allkpop

    The post Selepas Cha Eun Woo, Kini Kim Seon Ho Pula Didakwa Elak Bayar Cukai first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah