29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 4, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Puteri Rafasya Lebih Berhati-Hati Di Set Penggambaran, Trauma Insiden Kerusi Ditarik

    Shopee Sale

    Pelakon remaja, Puteri Rafasya mendedahkan masih bergelut dengan trauma selepas insiden kemalangan yang berlaku di set penggambaran dua tahun yang lalu.

    Artikel Berkaitan: Tak Boleh Jalan & Duduk Seperti Biasa, Tulang Pinggul Puteri Rafasya Retak

    Masih berhati-hati

    Ketika ditemui , Puteri, 14, berkata dia sentiasa berhati-hati ketika berada di lokasi penggambaran kerana tidak mahu perkara yang sama berulang kembali.

    Saya masih trauma, terutama bila masuk set penggambaran semula. Sebelum kejadian saya langsung tidak ada fikiran negatif.

    Tapi sekarang setiap kali berada di set, saya akan lebih berjaga-jaga dan berhati-hati.

    Puteri ditemui ketika menghadiri Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

    Mengulas lanjut, Puteri berkata dia enggan mengingatkan kembali sejarah hitam yang pernah menimpa dirinya dahulu.

    Kejadian itu berlaku semasa penggambaran dan saya tak nak ingat lagi. Sekarang saya masih dalam proses penyembuhan.

    Tapi bagi saya, sekarang dah sihat dan bertenaga, saya pun dah tak dapatkan rawatan doktor.

    Cuma saya masih belum boleh angkat berat lagi.

    Jangan bergurau kasar

    Sementara itu, Puteri turut menasihati orang ramai supaya tidak bergurau secara berlebihan yang berpotensi mendatangkan bahaya kepada orang lain.

    Jangan bergurau atau bergaduh secara kasar, terutama bila bekerja di set.

    Jaga diri sendiri dan orang lain juga, sebab kadang-kadang kita tak sedar manusia memang tak lari daripada kesilapan dan boleh terpengaruh dengan hasutan syaitan.

    Untuk rekod, pada tahun 2023, Puteri cedera ketika menjalani latihan bagi salah satu adegan drama Jaga Aku Selamanya selepas kerusinya ditarik oleh seorang kanak-kanak tidak dikenali.

    MENARIK:  Farid Kamil Mengadu Diana Pilih Keluar Tanpa Memberi Salam atau Menggunakan Pintu Utama

    Akibat kejadian itu, Puteri jatuh terduduk dan tidak dapat bergerak selain kakinya tidak boleh diluruskan.

    The post Puteri Rafasya Lebih Berhati-Hati Di Set Penggambaran, Trauma Insiden Kerusi Ditarik first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah