Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi realiti sebenar di sebalik tabir penggambaran drama televisyen yang disifatkan amat mencabar dari segi fizikal dan emosi.
Artikel Berkaitan: ‘Cara Bawa Diri Dalam Media Sosial Ibarat Billboard, Apa Yang Dikongsi Boleh Buat Orang Rasa Jauh’ – Sarimah Ibrahim
Artikel Berkaitan: ‘Tak Sampai Hati Nak Spill, Nanti Ada Yang Terus Lemas’ – Sarimah Ibrahim Ada Berita ‘Tumpah Teh’
Realiti set penggambaran

Menerusi perkongsian di Threads, Sarimah mendedahkan bahawa satu episod drama sebenarnya mengambil masa sehingga tiga hari untuk disiapkan, dengan tempoh penggambaran harian mencecah 13 jam di set.
Satu episod ambil sekitar tiga hari untuk kami siapkan. Hari itu sahaja 13 jam di set dan penggambaran bukan ikut susunan cerita.
Bayangkan pukul 1 tengah hari kami menangis, pukul 2 shoot babak bunuh dengan kostum lain, pukul 3 ketawa dan pukul 4 terbaring menjerit dalam kesedihan.
Rehat sekejap, kemudian ulang semula. Memang seperti ’emotional conveyor belt’, ‘on-off’ masuk emosi.
Menurut Sarimah, cabaran terbesar sebagai pelakon drama adalah keperluan menukar emosi secara drastik dalam tempoh yang sangat singkat kerana babak tidak dirakam mengikut kronologi jalan cerita.
Aktres 47 tahun itu menyifatkan rutin tersebut sebagai satu tekanan yang bukan sahaja menguji stamina fizikal, malah ketahanan mental.
Selain itu, Sarimah menegaskan bahawa komitmen pelakon drama sering kali tidak dihargai setimpal dengan intensiti kerja yang dituntut sepanjang tempoh produksi.
Perkongsian itu dibuat ketika Sarimah sedang terlibat dalam penggambaran drama terbaharu slot Lestary di TV3 berjudul Bila Cinta Menjadi Dosa yang bakal ditayangkan sepanjang Ramadan dan Raya bermula 27 Februari ini.
Drama sebanyak 30 episod itu akan bersiaran setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 9.00 malam dan turut dibintangi Zamarul Hisham, Zairi Aziz, Alya Iman, Nelissa Nizam, Elizad Sharifuddin serta Maria Farida.
Penonton boleh menonton episod baharu 24 jam lebih awal menerusi platform penstriman Tonton dengan melayari http://www.tonton.com.my atau memuat turun aplikasi berkenaan di Google Play dan App Store.
The post ‘Pukul 1 Babak Nangis, Pukul 2 Bunuh & Pukul 3 Ketawa’ – Sarimah Ibrahim Kongsi Realiti Di Set Penggambaran first appeared on OHBULAN!.





