26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Permintaan Terakhir Allahyarham Jaafar Onn: Haiza Hanafi Dedah Keinginan Untuk Kerusi Urut

    Shopee Sale



    Haiza Hanafi

    Penyanyi dan pengacara Haiza Hanafi mendedahkan permintaan terakhir Allahyarham Jaafar Onn adalah menginginkan sebuah kerusi urut.

    ‘Kerusi urut’

    Haiza Hanafi

    Ketika ditemui Haiza bagaimanapun berkata kerusi urut tidak sesuai digunakan oleh arwah disebabkan kakinya sudah bengkak.

    Malah, Haiza berkata dia sudah berbincang dengan anak angkat arwah iaitu Mohd Hanif dan beberapa rakan selebriti.

    Permintaan terakhir papa (Jaafar Onn) ialah nak kerusi urut. Katanya saja nak buat baring nak rehat dengan selesa.

    Tapi saya rujuk juga dengan anak angkatnya, Hanif. Saya juga tanya pendapat rakan-rakan artis lain antaranya Kak Salwa, Ismaliza dan Rina Eva dalam grup WhatsApp yang kami wujudkan.

    Tapi mereka cakap kerusi urut tidak sesuai untuk arwah kerana mencengkam tapak kaki dia kerana kakinya dah keluar air bisa. Jadi kami tidak jadi beli.

    Haiza berkata demikian ketika ditemui di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, pada Rabu.

    Sementara itu, Haiza berkata duit sumbangan yang sepatutnya digunakan untuk membeli kerusi urut telah diberikan secara tunai kepada arwah.

    Bila dapat tahu kerusi itu tak sesuai, saya hubungi rakan untuk minta izin saya keluarkan tunai bagi terus kepada arwah.

    Dengan izin kawan-kawan yang sudah menderma. Semua duit itu sudah dimasukkan ke dalam akaun arwah.

    Terdahulu, Jaafar Onn dilaporkan telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (HSIS) kira-kira jam 11.32 pagi Rabu akibat serangan jantung ketika melalui prosedur endoskopi.

    MENARIK:  [VIDEO] Hafiz Mahamad Shocked by Being a Victim of 'Face Shaming' – 'People Don't Understand Deep Scars Take Time to Heal'

    Jenazah telah diuruskan di hospital sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga untuk disemadikan di Tanjung Ganding, Muar, Johor.

    Sebelum ini, kesihatan arwah dilaporkan merosot sebelum ditahan wad HSIS selepas mengalami pendarahan semasa membuang air besar.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah