29.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 14, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengasas Aurebella Beauty, Ruhainies Dipecat Kerana Alami Kemurungan Teruk

    Shopee Sale



    Syarikat produk kecantikan, Aurebella Beauty memaklumkan pihaknya mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon jelita, Ruhainies yang didakwa telah melanggar kontrak dengan menarik diri dari menjadi duta produk mereka iaitu Mixberries Royal Women.

     Syarikat rugi besar

    Menerusi satu sesi sidang media yang dilakukan, Pengarah Urusan merangkap pengasas bersama Aurebella Beauty, Mohamad Aiman Hakim Nur Hashim mendakwa Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas telah menarik diri dari menjadi duta Aurebella Beauty.

    Dakwa Aiman, pelakon berusia 31 tahun itu telah gagal menjalankan tugasnya sebagai duta produk Mixberries Royal Women sehingga mendatangkan ketidakpuasan hati syarikat terhadap prestasi kerjanya.

    Secara kasarnya kami tidak berpuas hati dengan prestasi kerja Ruhainies selepas dua bulan dilantik sebagai duta. Banyak perkara yang tidak dilakukan namun pihak kami masih belum boleh mendedahkannya.

    Tambah Aiman, tindakan pelakon berusia 31 tahun itu telah menyebabkan dirinya mengalami masalah kemurungan yang sangat teruk. Bukan itu sahaja, syarikatnya juga mengalami kerugian yang sangat besar susulan penarikan diri Ruhainies sebagai duta.

    Saya alami kemurungan yang sangat teruk susulan kejadian ini. Tindakan Ruhainies telah merendahkan kredibiliti kami dan juga syarikat dan ianya bagi kami adalah satu penghinaan yang jelas.

    Pengunduran Ruhainies telah menyebabkan syarikat kami mengalami kerugian daripada majlis pelancaran, produk yang telah dicetak nama Ruhainies dan juga jualan daripada master stokis yang bersetuju untuk bersama kami.

    Dalam pada itu, Aiman memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil tindakam undang-undang dan menuntut dua perkara kepada pelakon yang popular dengan drama ‘Lelaki Lingkungan Cinta’ itu.

    Kami akan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut dua perkara.

    Pertama ialah Ruhainies perlu menanggung semua kerugian yang syarikat kami alami dan dia juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka.

    MENARIK:  Sharifah Rose Tak Guna Khidmat Pembantu Peribadi, Selesa Urus Diri Sendiri – ‘Ada Potensi Cerita Tidak Betul Disebarkan’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah