33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penerbangan Helikopter Terhempas: Perspektif Syahid Akhirat menurut Ustaz Azhar Idrus

    Shopee Sale



    ustaz azhar

    Foto helikopter: Harian Metro

    Pada Selasa lalu, negara digemparkan dengan insiden elepas dilaporkan bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut.

    Dua kategori syahid

    ustaz azhar

    Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menerusi sesi soal jawab menjelaskan pertanyaan tentang mati syahid akhirat bagi kematian seperti tragedi tersebut.

    Menurut Ustaz Azhar, syahid terbahagi kepada dua iaitu syahid dunia dan syahid akhirat. Syahid dunia adalah bagi individu yang meninggal dalam peperangan di jalan Allah SWT.

    Syahid ada dua, syahid dunia dan syahid akhirat. Syahid dunia adalah mati dalam peperangan.

    Bagi individu yang meninggal kerana syahid akhirat pula jenazahnya wajib dimandikan dan disembahyangkan serta ada pahala buatnya di akhirat kelak.

    Yang datang dalam teks hadis adalah meninggal kerana bersalin, mati lemas, mati terbakar, mati disebabkan wabak di dalam perut dan mati dihempap batu atau sesuatu yang berat.

    Jadi kalau meninggal disebabkan ditindih helikopter, maka ada ulamak yang kiaskan ianya meninggal kerana tertindih benda yang berat. Maka, terserah kepada Allah SWT.

    Sesiapa yang kata ianya sebagai syahid akhirat, ada kebenarannya.

    Syahid akhirat wajib dimandikan dan disembahyangkan, tetapi ada pahalanya di akhirat.

    Untuk info, tragedi menyayat hati itu telah mengorbankan seramai 10 orang mangsa.

    MENARIK:  Netizen Tegur Tandas Pickleball Amelia Henderson Tiada Bidet – ‘Kita Bukan Mat Salleh Tak Cuci Bontot’

    Mangsa yang terlibat adalah tujuh kru dan tiga penumpang dua helikopter jenis HOM-AW139 dan Fennec yang berlepas dari Padang Sitiawan, Perak.

    Susulan itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan agar sambutan Ulang Tahun dan Perbarisan Sempena Hari TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini dibatalkan.

    Sambutan tersebut akan digantikan dengan majlis bacaan Yassin dan tahlil.

    " data-video-id="7361051467081370881" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @ustaz.azhar.idrus

    Adakah Insiden Nahas Helikopter Syahid Akhirat? – Ustaz Azhar Idrus #uaioriginal #ustazazharidrusofficial #fyp

    ? ???? ??????? – Willy Lerato

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah