28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Park Bo Gum Kembali Ke Malaysia Selepas 6 Tahun! Temui Peminat September Ini

    Shopee Sale

    Pelakon terkenal dari Korea Selatan, Park Bo Gum bakal kembali ke Malaysia untuk bertemu peminat selepas enam tahun sejak lawatan terakhirnya di sini.

    Artikel Berkaitan: Pelakon Terkenal, Lee Je Hoon Bakal Temui Peminat Di Malaysia September Ini Menerusi JEHOON’s Favorite 2024 Asia Tour

    Artikel Berkaitan: Bintang K-Pop B.I Bakal Buat Konsert Solo Pertama ‘Hype Up’ Di Malaysia Jun Depan!

    Yang dirindui

    Dianjurkan oleh iME Malaysia, Park Bo Gum 2025 Fan Meeting Tour (Be With You) In Kuala Lumpur bakal berlangsung pada 13 September ini bermula jam 5 petang di Idea Live Arena.

    Sejak debutnya, Park Bo Gum telah membintangi pelbagai drama popular seperti Reply 1988, Love in the Moonlight, Encounter, dan terbaharu, When Life Gives You Tangerines, di mana lakonannya sebagai watak Yang Gwan-sik mendapat sambutan hangat dari peminat.

    Digelar sebagai ‘nation’s boyfriend‘, Park Bo Gum bukan sahaja disayangi kerana personalitinya yang menawan dan tulus, tetapi juga kerana bakat serba boleh dalam lakonan, nyanyian dan pengacaraan.

    Dikenali dengan vokal yang merdu, interaksi mesra dengan peminat, serta aura pentas yang memukau, Park Bo Gum terus-menerus mencuri hati peminat di seluruh dunia.

    Jadi, inilah masanya untuk para peminat menyaksikan sendiri Park Bo Gum secara dekat.

    Kategori dan harga tiket:

    Berikut merupakan kategori dan harga tiket bagi Park Bo Gum 2025 Fan Meeting Tour (Be With You):- RM768 (Pakej BE WITH YOU), RM698 (PS1), RM598 (PS2), RM498 (PS3), RM398 (PS4), RM228 (PS5).

    MENARIK:  Pertandingan Nyanyian Borneo Asah Bakat Muda, Mahu Pelihara Legasi Kebudayaan

    Pakej BE WITH YOU merangkumi: satu (1) tiket duduk PS1, satu (1) foto berkumpulan bersama Park Bo Gum (1:2), satu (1) poskad bertandatangan (daripada satu set), sesi Hi-Bye bersama Park Bo Gum, dan satu (1) poskad mesej istimewa. Semua pemegang tiket lain juga akan menerima: sesi Hi-Bye dan satu (1) poskad mesej istimewa.

    Tiket akan mula dijual pada 15 Julai ini jam 12.00 tengah hari menerusi platform rasmi: BookMyShow (my.bookmyshow.com) dan Fantopia (www.fantopia.io).

    Para peminat dinasihatkan untuk tidak membeli tiket daripada penjual tidak sah atau pihak ketiga bagi mengelakkan penipuan.

    Untuk memastikan pengalaman pembelian tiket yang adil dan mengelakkan penjualan semula, pembeli pakej BE WITH YOU diwajibkan mengisi maklumat peribadi yang tepat dan menunjukkan ID asal semasa proses penebusan.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai acara ini, ikuti saluran media sosial rasmi iMe Malaysia. @facebook, @instagram, @youtube, @tiktok, @X

    The post Park Bo Gum Kembali Ke Malaysia Selepas 6 Tahun! Temui Peminat September Ini first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah