Penyanyi dan pelakon Noki, mendedahkan tentang kisah zaman persekolahannya yang menjadi iktibar hingga ke hari ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Noki Rupanya, Ingatkan Fad Bocey’ – Netizen
Artikel Berkaitan: Noki Kongsi Berat Badan Susut 15 Kilogram Kerana Tuntutan Watak – ‘Ramai Cakap Saya Sesuai Dengan Berat Sekarang’
Mula memberontak

Ketika ditemui , Noki atau nama lengkapnya Ahmad Ikhwan Aji, 31, menceritakan tentang insiden yang berlaku ketika berada di sekolah rendah hingga dirinya mula berubah menjadi seorang pelajar yang memberontak.
Saya mula memberontak selepas pernah dituduh di atas sebab yang bukan kesalahan saya.
Kejadian itu berlaku ketika darjah enam, ada sebuah radio rosak bukan sebab saya tetapi cikgu menuduh saya.
Masuk sekolah menengah, saya dah jadi orang lain. Saya nakal, memberontak dan melawan cikgu.
Mengakui kesal dengan sikapnya, Noki berkata, masa yang singkat di sekolah menengah telah menyebabkan dia terlepas pelbagai kenangan indah.
Banyak benda yang saya terlepas contohnya pelajar SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), bila habis sekolah sahaja mereka akan tanda tangan pada baju masing-masing.
Saya tak rasai semua itu.
Saya rasa menyesal sebab saya tak lalui zaman persekolahan macam orang lain kerana hanya dua tahun di sekolah menengah.
Pengajaran dalam hidup
View this post on Instagram
Tambah pelantun lagu Gila itu lagi, dia menjadikan perkara tersebut sebagai pengajaran dan berusaha untuk berubah menjadi insan yang lebih baik selepas berganjak usia dewasa.
Ibu bapa mana yang tak marah bila ada anak yang tidak ke sekolah. Tapi ketika itu saya masih muda.
Saya nak rasa hidup sendiri, tak nak balik rumah, tidur dekat CC (cyber cafe)..minta makanan dekat kedai makan padahal mak ada restoran.
Saya cerita ini bukan untuk dibanggakan tetapi untuk kita ambil pengajaran.
Saya berubah adalah kerana faktor umur dan kehidupan yang saya lalui.
Dalam masa yang sama, anggota kumpulan K-Clique itu juga menekankan tentang kepentingan pendidikan kepada setiap orang.
Saya cuma miliki sijil UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) sahaja, jadi saya banyak belajar melalui kehidupan di jalanan atau ‘street education.’
Tapi saya tak cakap yang pelajaran itu tidak penting, kita tetap kena belajar menimba ilmu. Dalam Islam pun pelajaran adalah dituntut.
Dalam perkembangan lain, Noki bersama barisan pelakon antaranya Zairi Aziz, Muaz Zabir, Nik Rifaie, Gbril, Evertts Gomes, Dynas Mokhtar dan Puteri Aleeya membintangi sebuah drama Dorm 403 bagi slot Lestary.
Drama tersebut bakal menyingkap realiti hitam di sebalik dunia pelajar asrama mengenai cinta, dendam, pengkhianatan dan rahsia yang meragut nyawa.
The post Noki Dedah Tak Lalui Zaman Sekolah Seperti Pelajar Lain – ‘Saya Nak Hidup Sendiri, Tak Mahu Balik Rumah’ first appeared on OHBULAN!.





