27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Melihat Pelbagai Reaksi Ketika Ini, Saya Perlu Letak Jawatan Daripada BAM’ – Mohamad Norza Zakaria

    Shopee Sale



    Foto: Utusan Malaysia

    Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dikhabarkan akan melepaskan jawatan dalam tempoh terdekat.

    Norza letak jawatan?

    Foto: The Star

    Memetik laporan Sinar Harian, keputusan itu didakwa dibuat susulan kontroversi kehadiran ahli keluarganya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

    Melihat pelbagai reaksi ketika ini, perasaan saya menyatakan perlu meletakkan jawatan daripada BAM.

    Saya berharap pemimpin seterusnya dapat memperbaiki keadaan badminton negara kita.

    Pada Mei lalu, Mohamad Norza meluahkan hasrat untuk berundur daripada memimpin BAM selepas Sukan Olimpik Paris pada Ogos.

    Beliau menegaskan bahawa peranannya dalam Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan BAM dilakukan secara pro bono.

    Saya tidak menerima sebarang gaji atau elaun daripada kedua-dua pertubuhan ini. Saya hanya mahu membantu membawa kegemilangan dan kebanggaan kepada negara.

    Serangan terhadap keluarga saya sama sekali tidak perlu. Keluarga saya tidak wajar melalui semua ini.

    Terdahulu, Mohamad Norza terpalit kontroversi susulan kehadiran ahli keluarganya di pertandingan Sukan Olimpik 2024 di Paris.

    MENARIK:  Zaiton Sameon Syukur Dapat Keluarkan Single Sebelum Menutup Mata – ‘Senikatanya Gambarkan Kerinduan Pada Arwah Anak’

    Mereka juga dilihat memakai kad akreditasi, namun Mohamad Norza menjelaskan bahawa mereka memiliki kuota khas berasingan untuk membawa tetamu sendiri.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah