26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malam Kemuncak ABPBH 37 Berlangsung 12 Disember Ini, Raja Azura & Shiha Zikir Bergandingan Sebagai Hos

    Shopee Sale

    Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 (ABPBH37) membawa gabungan dua generasi sebagai pengacara utama iaitu Raja Azura dan Shiha Zikir.

    Malam kemuncak ABPBH

    Malam kemuncak ABPBH 37 bakal berlangsung pada 12 Disember 2025 dan disiarkan secara langsung dari Premiera Hotel Kuala Lumpur melalui TV3 dan Tonton bermula jam 9 malam.

    Bagi acara karpet merah pula, bakal dihoskan oleh pemenang utama program Pencarian Pelakon Drama Sangat dan Pitch Story Anda ke TV3 iaitu Ariana Yusof dan penyampai berita Buletin Utama TV3, Amirulhakim Lokman. Acara ini akan disiarkan secara langsung melalui siaran MBuzz Terhangat bermula jam 8.00 malam.

    Manakala bagi persembahan yang menghiasi pentas pula terdiri daripada nama-nama besar industri muzik seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Haqiem Rusly, Afieq Shazwan, Tajul serta duo adik-beradik Amira Othman dan Irfan Haris. 

    Selain itu, ABPBH 37 turut menampilkan barisan selebriti popular sebagai penyampai trofi termasuk pasangan pilihan ramai Fattah Amin dan Amira Othman serta barisan pelakon muda berbakat seperti Tracie Sinidol, Jazmy Juma, Zarif Ghazzi, Daiyan Trisha dan ramai lagi.

    ABPBH 37 mempertandingkan keseluruhan 21 kategori yang meliputi 16 kategori utama dan lima kategori ekstra. 

    Undian ABPBH

    Undian finalis ABPBH 37 masih dibuka sehingga jam 11.59 malam, 9 Disember 2025. Proses undian boleh dilakukan secara percuma atau melalui langganan Tonton. 

    Sementara itu, bermula 28 November sehingga 5 Disember, peminat boleh dapatkan undian gandaan Tonton sehingga 30,000 undian dengan pembelian pakej langganan Tonton bernilai RM137 serta berpeluang untuk menyertai sesi beramah mesra bersama artis kegemaran mereka.

    MENARIK:  Kontroversi Aliff Syukri dan Sajat: Apa yang Terjadi Antara Mereka?

    Proses gandaan undian boleh dilakukan melalui aplikasi dan laman web Tonton di http://www.tonton.com.my serta laman web rasmi ABPBH 37 di http://www.abpbh.com.my.

    Tiket untuk menyaksikan acara secara langsung akan mula dijual pada 27 November di laman sesawang Tonton, http://www.tonton.com.my.

    Penaja dan rakan digital

    Acara malam kemuncak ABPBH 37 ini turut didukung Hot FM dan Kool FM sebagai stesen radio rasmi, Apa Kes, #BHnaktanya dan sebagai platform digital rasmi manakala Xtra dan Seismik bertindak sebagai platform digital sokongan.

    Jenama penjagaan cucian terkenal, Daia diumumkan sebagai Rakan Penaja manakala rangkaian kafe gaya Eropah, Dome tampil sebagai Rakan Bersama bagi ABPBH 37.

    Untuk memeriahkan lagi sambutan menjelang malam anugerah, pihak penganjur turut menyediakan aktiviti pra-acara yang melibatkan finalis Top 10 seperti sesi busking dan meet & greet bersama peminat di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

    Program ABPBH 37 #SatuBusking akan berlangsung di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur pada 29 November ini.

    Selain itu, sesi ramah mesra artis bersama peminat turut dianjurkan di lokasi Rakan Bersama, DOME, iaitu di kafe Dome, Lalaport, Kuala Lumpur pada 29 dan 30 November ini serta di kafe Dome, IOI City Mall, Putrajaya pada 6 dan 7 Disember.

    The post Malam Kemuncak ABPBH 37 Berlangsung 12 Disember Ini, Raja Azura & Shiha Zikir Bergandingan Sebagai Hos first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah