Pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun tampil menegur segelintir wanita Islam yang mengenakan tudung namun berpakaian ketat dan menjolok mata sehingga mendatangkan fitnah.
Artikel Berkaitan: Isu Rawatan Laser Pada Kemaluan, Asma Harun Puji Sasha Abdul Aziz Tak Melatah Ditegur – ‘Seorang Yang Matang & Kuat’
Berbaju tapi ‘telanjang’

Asma menjelaskan terdapat wanita yang tidak bertudung tetapi berpakaian sopan dan tidak menampakkan bentuk badan, berbanding sebahagian wanita bertudung tetapi mengenakan pakaian sendat dan seksi.
Ada ramai wanita yang tidak bertudung tetapi tidak seksi, malah sopan dan longgar seperti kebanyakan non-Muslim. Sebaliknya, ramai yang bertudung tetapi pakaian ketat dan seksi hingga lebih mengoda hawa nafsu.
Bagaimanapun, Asma menegaskan teguran tersebut bukan bermaksud memuji wanita tidak bertudung, sebaliknya memberi peringatan tentang fitnah yang timbul apabila aurat ditutup tetapi bentuk badan masih kelihatan.
Fahami bahawa saya bukan memuji wanita tidak bertudung, namun wanita yang menampakkan bentuk badan terutama bahagian atas, depan dan bawah belakang, jauh lebih besar fitnahnya.
Dalam perkongsian sama, Ustazah Asma turut mengajak orang ramai khususnya kaum wanita agar saling mendoakan sesama Muslimah dapat menutup aurat dengan lebih sempurna, lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan.
Dah hampir separuh Syaaban, makin dekat Ramadan, makin ramai pula aksi wanita Muslimah dalam iklan baju raya dengan pakaian sendat dan ketat yang melekat.
Fitnahnya lebih berat berbanding tidak bertudung tetapi berpakaian sopan dan longgar.
Dalam hantaran sama, Asma turut menyertakan sebuah hadis Rasullah S.A.W sebagai peringatan buat umat Islam berkaitan golongan wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya seperti telanjang.
Sabda Rasullah, ada dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah aku lihat. Pertama, kaum yang memegang cemeti seperti ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya.
Kedua, wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yang menyimpang dan menyesatkan, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong.
Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak yang sangat jauh.
Teguran tersebut sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata bersetuju dan menyokong nasihat diberikan.
Sumber: Facebook
The post ‘Makin Dekat Ramadan, Ramai Aksi Wanita Muslimah Iklan Baju Raya Pakaian Sendat & Ketat’ – Asma Harun first appeared on OHBULAN!.





