28.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Majlis Kahwin Bekas Ahli EXO, Tao & Xu Yiyang Bakal Berlangsung Pada Oktober Ini

    Shopee Sale

    Bekas anggota kumpulan EXO, Huang Zitao atau Tao akan melangsungkan perkahwinan dengan bekas trainee SM Entertainment, Xu Yiyang pada Oktober ini.

    Kahwin Oktober ini

    Menurut laporan Sina Entertainment, Tao mendedahkan perkara itu ketika rakaman sebuah program hiburan. Pasangan ini difahamkan telah membuat persiapan sejak enam bulan lalu untuk majlis menjayakan majlis perkahwinan ‘wedding of the century’.

    Majlis tersebut dijangka dihadiri oleh ramai selebriti dan lebih 100 orang peminat. Tempat duduk khas akan disediakan untuk peminat, malah pasangan ini turut mempertimbangkan cadangan untuk menyiarkan majlis secara langsung.

    Bekas ahli EXO iaitu Luhan, yang merupakan rakan rapat Tao dijangka akan hadir ke majlis perkahwinan tersebut. 

    Difahamkan, Luhan dan Tao berdua masih mengekalkan hubungan persahabatan sejak meninggalkan EXO dan pernah membuat persembahan bersama di konsert Luhan.

    Tao memulakan kerjaya bersama EXO pada 2012 sebelum meninggalkan kumpulan itu pada 2015 selepas memfailkan saman untuk menamatkan kontrak dengan SM Entertainment. 

    MENARIK:  Mayat Pempengaruh Ditemui Dalam Bagasi, Ditanam Di Hutan

    Terdahulu, pasangan ini mula dikaitkan dengan khabar angin percintaan pada 2020 sebelum mengesahkan hubungan mereka pada 2023. Tao dan Xu Yiyang mendaftarkan perkahwinan pada Disember tahun lalu dan mereka sah sebagai suami isteri.

    Sebelum ini, pasangan tersebut berdepan spekulasi mengenai kehamilan dan kelahiran anak sebelum berkahwin. Pada Ogos tahun lalu, Xu Yiyang dilihat di sebuah klinik pakar sakit puan di Amerika Syarikat dan pada Disember dia dilaporkan membeli barangan bayi. 

    Pada Jun lalu, tersebar rakaman video menunjukkan ibu Xu Yiyang bersama seorang pengasuh yang mendukung bayi, sekali lagi mencetuskan spekulasi. Pasangan ini bagaimanapun tidak memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

    Sumber: Allkpop

    The post Majlis Kahwin Bekas Ahli EXO, Tao & Xu Yiyang Bakal Berlangsung Pada Oktober Ini first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah