29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 20, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Maggie Cheung Membeli Insurans Satu Badan Tanpa Mengira Kos – ‘Ada Banyak Babak Tembakan’

    Shopee Sale



    maggie

    Sediakan payung sebelum hujan. Ini peribahasa yang sesuai buat pelakon antarabangsa, Maggie Cheung Ho Yee yang sanggup melaburkan wang ringgit membeli insurans untuk seluruh tubuh badan demi membintangi filem aksi komedi, Rob N Roll yang sudah ditayang bermula 10 Februari lalu.

    Keselamatan diri diutamakan

    rob n roll

    Menurut Maggi, dia tidak pernah membawakan watak seorang pegawai polis dan karakter itu menuntut dia untuk melakukan pelbagai aksi berbahaya.

    Kata Maggi, dia perlu menjayakan babak melibatkan tembakan dan letupan yang berkemungkinan boleh melayang nyawa.

    Ada banyak babak tembakan malah letupan yang saya perlu lakonkan. Jadi saya perlu mengutamakan diri.

    Jadi tidak salah jika salah membeli insurans untuk satu badan kan?

    Pelakon berusia 54 tahun itu berkata demikian ketika sesi mempromosikan filem baharu lakonannya, Ron N Roll yang turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Aaron Kwok dan Gordon Lam.

    Ganti Aaron

    Maggie rob n roll

    Maggi hadir ke Malaysia bagi menggantikan Aaron selepas aktor itu mengalami kecederaan dan tidak dibenarkan untuk melakukan rangka promosi filem tersebut di luar negara.

    Saya sangat gembira dan teruja untuk sama-sama mempromosikan filem ini. Saya pernah bekerjasama dengan Gordon di TVB menerusi pelbagai naskhah klasik.

    Dalam pada masa sama, saya menzahirkan kebimbangan dan mengharapkan agar Aaron dapat pulih dengan segera.

    Untuk info, ini merupakan lawatan kedua Maggie Cheung ke Malaysia selepas tujuh tahun. Kali pertama dia ke Malaysia adalah untuk menjalani penggambaran drama bersiri, Eastern Wallstreet pada 2017.

    MENARIK:  Pelakon ‘Blues Brothers’ Dalyce Curry Ma*t Dalam Kebakaran Di Los Angeles

    Rob N Roll edaran Mega Film Distributions dengan kerjasama Elepfilm Entertainment, BT Media Space, Meta Live dan Aco Media.

    Naskhah berkenaan diterbitkan oleh Er Dongsheng dan diarahkan oleh sutradara, Albert Mak.

    Selain Kwok, Cheung dan Lam, filem berkenaan turut menampilkan Simon Yam dan David Chiang, selain penampilan istimewa oleh Lin Xue, Zeng Bitt, Wang Minde, Lu Haipeng dan Wu Dingxin.

    Rob N Roll mengisahkan bekas ahli gusti, Mui Lam-tin (Kwok) yang bergelut dengan masalah hidup sehingga membuat keputusan dengan memberanikan diri merentas lautan ke Hong Kong untuk melakukan rompakan besar-besaran.

    Bersama rakan-rakannya, Robby (Lam) dan Mo-yung Fai (Richie Ren) yang pekerja sosial rumah jagaan, mereka secara tidak sengaja membentuk pasukan perompak untuk mendapatkan wang.

    Rompakan membawa mereka ‘berkenalan’ dengan pegawai polis, Ginger (Cheung) yang nekad mahu menangkap mereka.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah