Ketika musim banjir melanda, aspek keselamatan makanan sering menjadi perkara yang diabaikan meskipun ia sangat penting. Justeru, orang ramai disarankan untuk lebih berhati-hati dan mengikuti langkah keselamatan yang betul.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hadapi Musim Banjir Dengan Selamat, Ini 4 Langkah Mudah Persediaan Awal
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Titip Nasihat Buat Mangsa Banjir – ‘Hakikatnya Kita Tak Memiliki, Semua Pinjaman Sahaja’
Keselamatan makanan

Menerusi perkongsian di Instagram, pihak Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) berkongsi 10 tips keselamatan makanan semasa banjir.
Ini adalah bagi memastikan orang ramai lebih peka dalam menjaga kebersihan serta mengelakkan risiko penyakit disebabkan makanan ketika berdepan musibah tersebut.
- Pastikan sentiasa minum air yang telah dimasak atau air terawat yang dibotolkan, selain digalakkan menggunakan air mineral.
- Makan makanan yang dimasak sahaja.
- Elakkan makanan mentah seperti ulam-ulaman serta sayur-sayuran yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak.
- Jangan sesekali makan makanan yang telah terendam di dalam air banjir.
- Tutup makanan supaya ia tidak dicemari oleh makhluk perosak seperti lipas, tikus atau lalat.
- Untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil, pastikan penyediaan susu yang selamat untuk mereka.
- Percaya pada deria anda dan sentiasa mengamalkan tindakan lihat, hidu dan rasa makanan.
- Jangan makan makanan yang telah dihidang lebih dari empat jam.
- Selain makanan, jaga kebersihan diri dan persekitaran anda juga.
- Amalkan cuci tangan dengan cara yang betul terutama sebelum makan dan selepas ke tandas.
Sumber: IG JAPEN
The post Lindungi Diri & Keluarga Dari Risiko Penyakit, Ini 10 Tips Keselamatan Makanan Ketika Banjir first appeared on OHBULAN!.





