Gelombang K-pop bakal kembali memuncak menerusi penganjuran sulung Konsert K-Sarang Super 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 11 April 2026 ini.
Konsert K-Sarang

Bertempat di lokasi ikonik The Arch Galeries, Kuala Lumpur, konsert berskala besar ini menjanjikan satu malam yang penuh magis dengan persembahan pentas yang memukau bermula jam 6 petang.
Selain figura vokal tersohor daripada kumpulan Super Junior iaitu Kyuhyun, pentas K-Sarang Concert turut menampilkan kumpulan AHOF (Artist Hall of Fame).
Menurut Pengarah Urusan HIFIVE Entertainment, Sean Pereira, acara yang dianjurkan bersama K-WAVE ini bukan sekadar sebuah konsert biasa, malah ia merupakan satu bentuk keraian terhadap cinta komuniti peminat terhadap budaya K-pop.
Ujarnya, matlamat utama penganjuran ini adalah untuk memberikan pengalaman yang lebih dekat dan intim antara artis dan peminat, sekaligus melangkaui batas bahasa menerusi bahasa universal iaitu muzik.
Harga tiket

Bagi mereka yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini, tiket-tiket boleh didapati menerusi platform Ticket2U dengan pelbagai kategori harga bermula daripada RM388 (CAT 3), RM588 (CAT 2), RM748 (CAT 1), sehinggalah ke zon VIP yang berharga RM888.
Menariknya, setiap pembeli tiket dibekalkan dengan cenderahati eksklusif berupa Kad Foto dan Poster yang dilengkapi tandatangan digital sebagai tanda kenang-kenangan.
Kategori VIP pula menawarkan akses ke sesi Sound Check, sesi Send Off, serta peluang memenangi 50 keping foto polaroid bertandatangan.
Kategori CAT 1 hingga CAT 3 bakal menikmati sesi Send Off bagi melihat artis kegemaran mereka dengan lebih dekat sebelum pulang.
Layari http://www.ticket2u.com.my segera untuk mengamankan tempat anda sebelum tiket habis terjual!
The post Kyuhyun & AHOF Bakal Gegarkan Pentas ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Di Kuala Lumpur first appeared on OHBULAN!.





