26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kita Kena Jaga Batas & Cari Keserasian Supaya Nampak Neutral’ – Alvn

    Shopee Sale

    Pelakon, Alvn memaklumkan sudah mendapatkan keizinan serta berbincang secara terbuka dengan aktres dan penyanyi, Nabila Razali sebelum melakonkan adegan bersentuhan dalam drama terbaharu mereka, Sesaat Lebih.

    Artikel Berkaitan: Video Nyanyi ‘Terkucil’ Ditular Semula, Nabila Razali Tak Ambil Hati – ‘Saya Pergi Kelas Vokal’

    Minta izin adegan sentuh

    Alvn atau nama penuh Alvin Chong Chean Wah, 34, berkata, sikap saling menghormati amat penting dalam menjayakan babak sedemikian, lebih-lebih lagi apabila gandingannya seorang wanita yang sudah berkahwin.

    Untuk drama Sesaat Lebih ini, mula-mula memang rasa agak susah sedikit dari segi keserasian bila berlakon dengan orang yang sudah berkahwin. Kita kena jaga batas dan cari keserasian supaya nampak natural.

    Awal-awal jumpa di set, saya tanya elok-elok. Saya cakap, ‘Bella (Nabila), babak ini kena sentuh ya’. Lepas itu saya tanya lagi, suami awak okey ke tak?

    Dia beritahu semuanya okay. Lama-lama barulah masing-masing selesa dan masuk ‘air’.

    Alvn berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama siri Viu Original Sesaat Lebih yang berlangsung di 1 Utama, baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Farra Inalis Kemas Sepah Sisa Makanan Anak, Netizen Sifatkan ‘Beauty With Manners’ – ‘Tak Ramai Yang Buat’

    Tambah Alvn lagi, sebagai seorang pelakon bukan Islam, dia lebih berhati-hati dalam menjaga sensitiviti serta menekankan kepentingan komunikasi awal bagi mengelakkan sebarang salah faham sepanjang penggambaran.

    Lagilah saya bukan Muslim, jadi memang kena tanya dulu. Dengan heroin yang belum kahwin pun tetap kena tanya. Kita tak tahu apa yang okey dan apa yang tak okey.

    Sebab itu rehearsal sangat penting. Kita kena tahu pergerakan macam mana, sentuh di mana, semua kena beritahu awal-awal.

    Selain Alvn dan Nabila, Sesaat Lebih yang kini sudah mula ditayangkan di platform Viu Malaysia turut dibintangi Hazziq Husni, Zila Bakarin, Hawra Jamalullail dan Fahmy Reza.

    The post ‘Kita Kena Jaga Batas & Cari Keserasian Supaya Nampak Neutral’ – Alvn first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah