
Dua beradik yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar mencari durian, ditemui maut dalam keadaan berpelukan di sebuah kebun di Kabupaten Pesisir Barat, Lampung pada Rabu lalu.
Dua beradik dibunuh

Menurut Pengarah Direktorat Siasatan Jenayah Polis Lampung, Pesuruhjaya Senior Pahala Simanjuntak, kedua-dua beradik yang berusia yang berusia 8 dan 4 tahun itu dipercayai dibunuh susulan penemuan beberapa kesan luka pada mayat mangsa termasuk kecederaan di bahagian kepala akibat tetakan senjata tajam.
Lengan salah seorang mangsa juga terputus. Namun potongan tangan itu sudah ditemukan di lokasi kejadian.
Pihak polis masih mengumpul bahan bukti dan mengenal pasti suspek selain turut mengambil keterangan daripada saksi.
Kami minta keterangan lebih lanjut, namun yang pastinya saksi lebih dari dua,
Sebelum ditemukan meninggal dunia, keduanya sempat mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapa mereka dan keluar mencari durian di kebun.
Namun, sehingga tengah hari, mereka masih belum pulang ke rumah. Berikutan itu, penduduk kampung mula menjalankan usaha pencarian.





