28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 30, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kamal Adli Terharu, Puji Netizen ‘Sweet’ Pujuk Uqasha Senrose Di Instagram

    Shopee Sale

    Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa syukur apabila netizen memilih untuk membantunya memperbaiki hubungan bersama isterinya, Uqasha Senrose.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peguam Mewakili Uqasha Senrose Tarik Diri, Kamal Adli Mohon Netizen Henti Kecam Isteri

    Artikel Berkaitan: Netizen Banjiri Komen IG Uqasha Senrose, Pakat Bantu Kamal Adli Pujuk Isteri – ‘Dia Sayang Awak Sangat-Sangat’

    Sweet sangat

    Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), pemilik nama sebenar Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, memuji tindakan netizen yang meninggalkan komen berbentuk nasihat dan kata-kata memujuk di laman sosial milik Uqasha.

    Sebagai tanda berterima kasih, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu menawarkan perkhidmatan tangkap gambar sekiranya bertembung di mana-mana.

    Netizen, kalian memang sweet. Kalau jumpa mana-mana kita selfie okay.

    Sebelum ini, Kamal meminta supaya netizen membanjiri komen memujuk di media sosial Uqasha.

    MENARIK:  Irma Hasmie Belum Tinggalkan Dunia Lakonan, Temui Ketenangan Selepas Lalui Fasa Perceraian

    Terdahulu, rumah tangga pasangan itu mula menjadi perhatian selepas dikatakan bergolak sejak April lalu namun ia bukan berpunca daripada orang ketiga.

    Untuk rekod, Uqasha dan Kamal disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis di Janda Baik, Pahang.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira.

    Sumber: Instagram

    The post Kamal Adli Terharu, Puji Netizen ‘Sweet’ Pujuk Uqasha Senrose Di Instagram first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah