26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 6, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kalau Disihir Jangan Kongsi Progress, Mungkin Akan Diserang Semula’ – Fedtri Yahya

    Shopee Sale

    Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya memberi peringatan terhadap orang ramai terutamanya kepada yang mengalami gangguan sihir supaya tidak mendedahkan proses pemulihan mereka.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fedtri Yahya Bongkar Amalan Syirik Janin Manusia Dijadikan Pelaris, Pelakon Popular Pun Terlibat?

    Artikel Berkaitan: Fedtri Yahya Kongsi Hadis Tanda Akhir Zaman, Nilai Ibadah Sama Banyak Dengan Kes Bunuh

    Peringatan

    Menerusi potongan klip daripada podcast Sembang Seram, Fedtri, 44, berkata tindakan itu boleh mengundang rasa kurang senang terhadap pelaku.

    Malah, Fedtri berkata mangsa juga berkemungkinan akan disihir dengan lebih teruk.

    Kalau terkena sihir, jangan kongsi perkembangan diri, sama ada sudah sembuh atau belum dalam media sosial.

    Pelaku sihir akan pantau. Jika mereka tahu kita sudah pulih, mereka mungkin akan menyerang semula dengan kekuatan dua kali ganda.

    Sebab itu, lebih baik diam dan sembuh dalam senyap.

    Dalam pada itu, Fedtri turut berharap orang ramai lebih berhati-hati dengan tipu daya syaitan yang berusaha melaga-lagakan sesama manusia.

    Jika berubat, niatlah semata-mata kerana Allah. Perubatan Islam yang sebenar tidak akan mendedahkan siapa pelaku kerana syaitan mahu menimbulkan permusuhan antara manusia.

    Jika berubat, niatlah semata-mata kerana Allah. Perubatan Islam yang sebenar tidak akan mendedahkan siapa pelakunya kerana syaitan mahu menimbulkan permusuhan antara manusia.

    Bila tahu siapa yang kononnya melakukan sihir, manusia akan mula berdendam dan akhirnya berpecah-belah.

    Berupaya memperdaya mangsa

    Sementara itu, Fedtri juga mendedahkan syaitan berupaya memperdaya mangsa sehingga mereka menuduh nama individu lain sebagai pelaku.

    Kadang-kadang orang yang dirasuk akan menyebut nama sesiapa sahaja, sedangkan tidak betul pun. Matlamat utama rawatan Islam adalah untuk menyembuhkan, bukan untuk mencari siapa pelaku.

    Ada yang sanggup bermusuh hanya kerana disebut namanya, padahal itu semua merupakan tipu daya syaitan.

    Sumber: Sembang Seram TikTok

    MENARIK:  [VIDEO] Haniff Hamzah Syukur Tak Alami ‘Sleep Apnea’, Berdengkur Kuat Sebab Tidak Cukup Tidur

    The post ‘Kalau Disihir Jangan Kongsi Progress, Mungkin Akan Diserang Semula’ – Fedtri Yahya first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah