Nak melancong tapi nak jimat? Inilah masanya! MATTA Fair 2025 kembali lagi pada 5 hingga 7 September 2025 di MITEC Kuala Lumpur dan kali ini ada tawaran yang memang tak boleh dilepaskan khas untuk pemegang kad RHB.
Dengan kerjasama RHB dan Mitra, percutian impian kini akan jadi lebih murah dan berbaloi! Nikmati diskaun hebat dengan pelbagai pilihan destinasi menarik buat diterokai!
Tawar Diskaun Sehingga RM800!
Kalau dah lama teringin nak jejakkan kaki ke luar negara, inilah peluangnya. Pemegang kad RHB yang berbelanja minimum RM3,000 dalam satu resit di Mitra secara automatik layak menerima diskaun RM500 untuk tiket penerbangan antarabangsa.

Bukan tu je, kalau korang jenis suka pakej all-in yang lengkap dan hassle-free, lagi berbaloi! Dengan perbelanjaan minimum RM5,000 dalam satu resit di Mitra, korang terus dapat diskaun RM800 untuk pakej pelancongan terpilih.

Memang jimat kaw-kaw. Paling best semua hal percutian korang dah diuruskan, korang hanya perlu rileks dan nikmati percutian impian!
Pelbagai Lagi Tawaran Hebat Menanti
Selain promosi eksklusif ni, korang juga boleh rebut promosi istimewa oleh Malaysia Airlines dan syarikat penerbangan utama.

Korang juga boleh pilih macam-macam pakej yang disediakan mengikut bajet masing-masing untuk destinasi popular dalam dan luar negara.
Bayangkan je destinasi menarik seperti Auckland, Brisbane, London dan banyak lagi, semua tu boleh jadi kenyataan dengan harga lebih berbaloi!
Jom Serbu MATTA Fair 2025!
Jangan lepaskan peluang keemasan ni di MATTA Fair 2025, 5 – 7 September di MITEC Kuala Lumpur.
Tapi kalau terlepas pun, jangan risau, korang masih boleh hubungi team Mitra selepas MATTA untuk info lanjut dan promosi susulan.
The post Jangan Lepaskan Peluang Cuti-Cuti Hebat di MATTA Fair 2025 Bersama RHB & Mitra! first appeared on OHBULAN!.





