29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 4, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Prince Syed Mohon Henti Kecam Suami, Pembedahan Bariatrik Keputusan Sendiri – ‘Dia Tiada Kena Mengena’

    Shopee Sale

    Isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed iaitu Fatin Syazwani menafikan dakwaan menjadi ‘tikus makmal’ suaminya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Potong Perut Anak Saya’ – Ibu Mentua Dakwa Prince Syed Jadikan Isteri ‘Tikus Makmal’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kakak Nafi Dakwaan Prince Syed Halang Mentua Jumpa Adik Ipar – ‘Kisah Sebenar Hanya Allah Tahu’

    Atas kerelaan sendiri

    Memetik laporan Harian Metro, Fatin Syazwani berkata, tiada sebarang paksaan malah pembedahan bariatrik merupakan keputusannya sendiri.

    Saya memang buat bariatrik (pembedahan) tapi urusan itu tak ada kena mengena dengan suami.

    Saya yang buat sendiri. Syed tak bagi buat, saya sendiri yang nak buat.

    Fatin minta Syed kumpul duit (untuk menampung kos pembedahan).

    Dalam pada itu, Fatin memohon agar orang ramai berhenti melontarkan kecaman terhadap suaminya yang didakwa tidak bersalah.

    Tolong jangan serbu (serang) Syed, tolong sangat. Syed tak ada kena mengena.

    Saya nak tenang-tenang saja.

    Penat, sumpah letih, kecewa.

    Dakwaan menjadi tikus makmal

    Ekoran menjadi tikus makmal, Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman menafikan dakwaan daripada ibu mentuanya.

    Selain itu, Prince Syed memaklumkan isterinya tertekan akibat daripada menjadi mangsa ‘body shaming’.

    Sebelum ini, isteri pernah luahkan hasrat nak buat (pembedahan bariatrik) dan saya tanya semula adakah dia sudah fikir betul-betul kerana saya tak sokong tapi tak halang.

    Namun isteri nekad dan saya akur malah menemaninya daripada awal hingga selesai.

    Cuma isteri saya dimasukkan ke sebuah hospital empat hari lalu kerana dehidrasi dan sudah melakukan satu sesi dialisis. Keadaannya stabil, bacaan pun cantik, tunggu waktu dibenarkan pulang ke rumah saja.

    Setiap kali ke utara tanah air, saya, isteri dan anak singgah ke rumah mentua.

    Tak ada isu nak larikan anak dan rumah dalam video tular itu kediaman kakak, bukan rumah saya seperti didakwa.

    Terdahulu, ibu bapa Fatin mendakwa Prince Syed tidak membenarkan mereka untuk menjenguk anaknya itu yang dikhabarkan sedang sakit.

    MENARIK:  Saharul Ridzwan Mohon Maaf Pada Isteri, Anggap Diri Memaksa Tuntut Hak Sebagai Suami – ‘Perkahwinan Bukan Medan Menuntut’

    Lebih mengejutkan, ibu Fatin juga mendakwa anaknya telah diminta untuk menjalani pembedahan bariatrik bagi tujuan menjual produk melangsingkan badan.

    Sumber: Harian Metro

    The post Isteri Prince Syed Mohon Henti Kecam Suami, Pembedahan Bariatrik Keputusan Sendiri – ‘Dia Tiada Kena Mengena’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah