30.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu Puteri Balqis Dakwa Ditipu Artis Veteran & Ahli Politik Mahu Bantu Rawat Mata Anak – ‘Banyak Perkara Terjadi Bukan Atas Kehendak Saya

    Shopee Sale

    Ibu kepada pelakon Puteri Balqis, Norashikin Mohd Aziz mendedahkan episod paling gelap dalam hidupnya adalah ketika anaknya berdepan masalah penglihatan yang serius sehingga meletakkan mereka dalam keadaan terhimpit.

    Artikel Berkaitan: ’Waktu Orang Cakap Saya Adalah Penagih Dadah, Saya Ulang-Alik Neurologi HKL’ – Ibu Puteri Balqis

    Ditipu artis veteran, ahli politik

    Menerusi temu bual dalam podcast Sembang Ohh Yeahh, Norashikin mengakui tekanan emosi ketika itu membuatkan dia hanya memikirkan satu perkara iaitu keselamatan dan kesembuhan anaknya.

    Dalam situasi genting tersebut, dia didatangi seorang artis veteran yang mendakwa mampu menghulurkan bantuan melalui kenalan seorang ahli politik.

    Apa yang membuatkan Norashikin tidak berasa curiga, dia berkata bahawa bantuan tersebut diberikan secara ikhlas tanpa sebarang kepentingan publisiti atau liputan media.

    Ketika Aqish sakit, keadaan kami sangat terdesak dan cerita tentang keadaannya sudah tersebar. Seorang artis veteran datang jumpa saya dan beritahu ada ahli politik sudi membantu membawa Aqish berjumpa doktor pakar.

    Dia yakinkan saya, bantuan itu tak perlukan kamera atau perhatian media. Dalam keadaan tertekan, saya setuju.

    Mengimbas kembali kejadian tersebut, Norashikin berkata dia membawa Aqish ke Brickfields sebelum singgah di sebuah restoran mamak.

    Namun, atas permintaan artis veteran terbabit, dia diminta meninggalkan anaknya sementara waktu sebelum dibawa menaiki kereta bersama artis veteran dan ahli politik berkenaan ke sebuah rumah dua tingkat di sebuah kawasan.

    Setibanya di rumah tersebut, perasaan tidak sedap hati mula menyelubungi dirinya apabila menyedari dia dan artis veteran itu sahaja wanita di situ, manakala kira-kira enam lelaki lain turut berada dalam rumah berkenaan.

    Kebimbangan Shikin bertambah apabila dimaklumkan Aqish akan dibawa berjumpa pakar, namun individu yang dijanjikan langsung tidak kelihatan.

    Situasi menjadi semakin mencurigakan apabila beberapa syarat pelik dikemukakan kononnya sebagai jalan untuk ‘merawat’ anaknya.

    Antara syarat yang diberitahu, saya perlu berkahwin dengannya. Aqish pula akan dihantar ke luar negara sehingga berusia 21 tahun dan saya langsung tak dibenarkan berhubung dengan anak saya.

    Saya diwajibkan bertudung apabila keluar rumah, tetapi tidak dibenarkan bertudung apabila rakan-rakannya ada di dalam rumah. Saya juga tidak dibenarkan berjumpa sesiapa dan hanya perlu tinggal di rumah.

    Syarat aneh

    Keadaan bertambah sukar apabila seorang lagi individu masuk ke dalam bilik berkenaan sebelum berlakunya perkara yang tidak diingini.

    MENARIK:  Lufya Omar ‘Tarik Diri’ Tuntut Nafkah Anak – ‘Memalukan Terus Bergaduh Tentang Perkara Itu’ 

    Norashikin memilih untuk tidak menceritakan peristiwa tersebut secara terperinci kerana terlalu menyakitkan untuk dikenang.

    Selepas kejadian itu, dia dihantar semula ke Brickfields untuk mengambil Aqish yang setia menunggu kepulangannya.

    Menurut Norashikin, sebaik tiba di rumah, dia membuang semua pakaian yang dipakai pada hari kejadian kerana tidak sanggup mengingati kembali apa yang berlaku.

    Banyak perkara terjadi yang bukan atas kehendak saya sepenuhnya. Saya tak mampu ceritakan kerana terlalu pedih.

    Aqish tanya sama ada kami jumpa doktor. Saya hanya beritahu doktor sibuk dan saya akan cari doktor lain. Saya buang semua baju yang saya pakai hari itu sebab saya memang tak sanggup melihatnya lagi.

    Norashikin turut menjelaskan, kisah tersebut hanya diketahui oleh suaminya, Faris yang menyimpan rahsia itu selama bertahun-tahun.

    Saya hanya berkongsi perkara ini dengan Faris. Dia simpan rahsia itu bertahun-tahun dan hari ini barulah saya berani bersuara.

    Faris bukan sekadar pasangan, tetapi sahabat yang sentiasa ada membantu kami. Dia tak pernah menolak untuk menyokong, sehinggalah kami berkahwin. Terima kasih kerana menjadi suami yang sangat baik, walaupun usianya jauh lebih muda.

    Sumber: Youtube

    The post Ibu Puteri Balqis Dakwa Ditipu Artis Veteran & Ahli Politik Mahu Bantu Rawat Mata Anak – ‘Banyak Perkara Terjadi Bukan Atas Kehendak Saya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah