32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Hati-Hati Mamat Selepas Ini, Jangan Selalu Mencelah’

    Shopee Sale

    Pelawak, Amir menitipkan kata-kata semangat kepada rakannya yang juga pelawak, Mamat Sepah berhubung isu mencelah ketika mengemudi salah satu episod Dol Podcast.

    Artikel Berkaitan: Mamat Sepah Masih Ingat Kejadian 16 Tahun Lalu, Tiada Niat Cari Gaduh – ‘Apa Yang Berlaku Semua Tidak Sengaja’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kecam Mamat Menyampuk Syamsul Debat Dalam Podcast – ‘Tak Kena Tempat, Dia Bukan Calang-Calang Jemputan’

    ‘Jangan selalu mencelah’

    Menerusi hantaran di Facebook, Amir berkongsi tangkap layar memaparkan mesej yang dikirim kepada Mamat.

    Dalam mesej itu, Amir berpesan kepada Mamat supaya berhati-hati ketika bercakap dengan tetamu selain mengelakkan dari mencelah.

    Hati-hati Mamat selepas ini, jangan selalu mencelah. Aku tahu kau dah ambil ini sebagai pengajaran, tapi aku tetap nak bagitahu juga.

    Tiada orang yang akan rebut tempat kau dekat Dol Podcast itu, meski kau tiada waktu recording, tempat itu tetap tempat kau.

    Kau ada kelebihan bercakap, homework tentang tetamu yang diundang pun kau buat. Tinggal gilap lagi sikit sahaja. Orang tunggu kita buat silap, perlu sentiasa beringat dan jangan terlalu selesa.

    Dalam pada itu, di ruang kapsyen, Amir turut menasihati orang ramai supaya tidak menambah minyak pada bara api dan berhenti mengecam Mamat.

    Sudah-sudah la mengata fasal Mamat, kadang Allah nak kejutkan hamba-Nya. Kita sendiri tanpa sedar sedang tunggu giliran untuk Allah kejutkan dari keselesaan.

    Mamat ini beruntung, ketika dia terpalit isu, dia masih mampu untuk hadap. Janganlah sesuka hati menulis di ruangan komen. Ingat roda kehidupan sentiasa berputar.

    Ada masa orang lain kena, ada masa diri sendiri yang kena. Muhasabah diri, tepuk dada tanya iman. Jadikan kekurangan dan kesalahan orang lain sebagai pengajaran untuk kita.

    Terdahulu, netizen mengecam tindakan Mamat selepas satu klip dari sesi podcast tular di media sosial.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Ada Seorang Hamba Allah Tak Nak Saya Ada Dalam Sebuah Filem, Dia Ugut Producer..’ – Remy Ishak

    Dalam video itu, Ustaz Syamsul Debat selaku tetamu kelihatan menegur Mamat secara terbuka kerana menyampuk ketika dirinya sedang bercakap, sambil menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak cerdik.

    Sumber: Facebook

    The post ‘Hati-Hati Mamat Selepas Ini, Jangan Selalu Mencelah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah