
Pasangan pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina mencuri perhatian apabila berkongsi rezeki dengan pekerja-pekerja mereka sempena Aidilfitri yang bakal menjelma.
Perhabis hampir RM10k
Menerusi video dimuat naik pengasas Bulan Bintang iaitu Azzam Zahid yang lebih dikenali sebagai Meri, dapat dilihat pasangan pempengaruh itu membawa hampir 70 orang pekerjanya ke cawangan pakaian baju melayu terkenal tersebut.
Ketika menemu bual, salah seorang pekerja syarikat Ainaa Beauty berkongsi kelebihan yang diperolehinya sepanjang hampir enam tahun bekerja di bawah Hafiz dan Syafiqah.
Seronok sangat kerja sini sebab bukan sahaja kebajikan terjaga malah emosi dan kewangan kita juga terjaga.
Pendek kata semua bendalah yang terjaga.
Di akhir perkongsian, Meri turut berkongsi jumlah yang dibelanjakan Hafiz dan Syafiqah untuk pekerja mereka iaitu sebanyak RM8,907.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap pemurah Hafiz dan Syafiqah yang sentiasa berusaha untuk menjaga kebajikan pekerja-pekerja mereka.
Komen netizen









