30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 30, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Elvina Mohamad Perjelas Adegan Panas Hanya ‘Camera Trick’ & ‘Double Body’ – ‘Kalau Netizen Nak Cancel Saya Terpulanglah’

    Shopee Sale

    Pelakon, Datin Elvina Mohamad tampil memperjelas kekeliruan orang ramai susulan tularnya sedutan babak panas dari drama terbaharunya, Safira (Bukan Nama Sebenar) yang mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

    Artikel Berkaitan: Elvina Mohamad Saksi Insiden Kanak-Kanak Tersepit Eskalator, Titip Pesanan Buat Ibu Bapa

    ‘Double stunt’

    Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 30, menegaskan dia tidak melakonkan adegan ranjang seperti yang disangka ramai, sebaliknya babak berkenaan dilaksanakan menggunakan teknik ‘double stunt’ dan ‘camera trick’.

    Ketika penggambaran, sudah tentu kita guna ‘camera trick’. Saya sendiri tak bersetuju untuk menjayakan babak sebegitu, sebab itu kami guna ‘double body’.

    Sebagai pelakon, kita hormat kehendak skrip dan arahan pengarah, tapi dalam masa sama tetap menjaga batas. Dalam dunia penggambaran, bukan semua babak dilakukan secara nyata.

    Elvina berkata demikian ketika ditemui di sidang media pelancaran drama Safira (Bukan Nama Sebenar) terbitan iQIYI Malaysia yang berlangsung di Pavilion Height Damansara, pada Rabu.

    Menurut Elvina lagi, penggunaan pelakon pengganti untuk babak intim adalah amalan biasa dalam industri dan dilakukan dengan kawalan ketat di lokasi bagi memastikan semua pihak selesa serta profesional.

    Babak itu dijalankan atas permintaan produksi. Saya dah tandatangan kontrak dan kena habiskan kerja dengan sebaik mungkin. Tapi ia tetap dilakukan dengan penuh batas, bukan seperti yang disangka.

    Babak dimaksudkan memperlihatkan seorang pelakon wanita berada di atas katil bersama seorang pelakon lelaki yang kemudiannya tular di media sosial dan dikritik kerana dianggap keterlaluan.

    MENARIK:  Video: Fizi Ali Berhasrat Menyelesaikan Isu Anak Hari Ini, Shakilla Khoriri Terlalu Kurang Tidur

    Budaya cancel

    Dalam pada itu, Elvina mengakui dirinya turut berdepan dengan budaya ‘cancel’ selepas video tersebut tersebar, namun memilih untuk tidak cepat melatah.

    Tak tahu kenapa budaya ‘cancel’ ini makin menular. Kalau kita buat silap sedikit saja, terus kena ‘cancel’. Padahal kita pun manusia.

    Kalau hidup asyik nak puaskan hati semua orang, susah. Kalau netizen nak ‘cancel’, terpulanglah. Saya tak boleh halang. Budaya ini asal dari Hollywood. Kita terikut-ikut sampai sanggup jatuhkan orang tanpa tahu cerita sebenar.

    Saya tahu nama saya pun pernah tersenarai dalam ‘blacklist’. Tapi saya tak kisah. Kalau kita terus layan atau balas komen negatif, benda itu takkan habis.

    Selain Elvina, Safira (Bukan Nama Sebenar) arahan Ejump Mohd turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Redza Rosli, Sazzy Falak, Emelda Rosmila dan ramai lagi.

    Naskhah tersebut akan mula ditayangkan pada 7 November depan di platform OTT iQIYI Malaysia.

    The post Elvina Mohamad Perjelas Adegan Panas Hanya ‘Camera Trick’ & ‘Double Body’ – ‘Kalau Netizen Nak Cancel Saya Terpulanglah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah