27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dulu Pakai S, Sekarang XL’ – Meerqeen ‘Besarkan’ Badan Demi Watak, Kurang Main Media Sosial Elak Diejek Gemuk

    Shopee Sale

    Pelakon, Meerqeen memaklumkan tindakan menaikkan berat badan sehingga mencecah 90 kilogram dilakukan demi memenuhi tuntutan watak bagi sebuah filem terbaharu yang bakal dijayakan tidak lama lagi.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Suka Perempuan Yang Tinggi, Cantik & Free Hair’ – Meerqeen

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Meerqeen Nafi Sedang ‘Prep’ Ke Hollywood – ‘Itu Hanya Gurauan Dengan Kawan’

    ‘Gemuk’ demi watak

    Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 24, berkata perubahan fizikal tersebut adalah sebahagian daripada persediaan rapi bagi naskhah berkenaan yang disifatkan sebagai antara projek terbesar dalam karier lakonannya.

    Dulu berat saya 74 kilogram dan sekarang berat saya sudah mencecah 86 kilogram. Saya akan terus naikkan sehingga 90 kilogram sebelum menurunkannya semula ke sekitar 75 kilogram. Dulu baju S, sekarang XL.

    Semua ini memang dalam proses persediaan untuk watak baharu saya. Ini bukan untuk diri saya, tetapi sepenuhnya untuk karakter tersebut. Segala perubahan fizikal yang orang nampak adalah demi watak yang bakal saya jayakan.

    Saya tidak melakukan seorang diri. Saya bersama pasukan profesional berpengalaman. Mereka menjaga aspek pemakanan, rutin latihan serta aktiviti saya di gimnasium. Semuanya dilakukan secara terancang dan profesional.

    Meerqeen berkata demikian ketika ditemui pada Anugerah Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA2025) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada Ahad.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Wan Ellyas Bertugas Di Awan Biru – ‘Dia Memang Handsome Dari Zaman Drama Dunia Baru’

    Dalam pada itu, aktor tersebut mengakui dia sengaja mengurangkan penggunaan media sosial selepas menyedari perubahan fizikalnya berkemungkinan mengundang salah faham serta tohmahan segelintir pihak.

    Peminat saya faham, tetapi orang luar yang tak ikuti saya di media sosial atau mungkin haters (pembenci) kata tubuh saya nampak gemuk tak macam dulu kerana penyakit.

    Rasa tak mahu layan atau takut tak nak teruskan menyebabkan saya pernah bagitahu dulu nak berehat dari media sosial sekejap. Saya dah jangka benda ini akan jadi.

    Sekarang ‘screen time’ saya daripada 12 jam, jadi enam jam atau kurang, itu pun untuk hal penting contohnya muat naik hantaran membabitkan kerja dan perkara yang memang saya wajib buat.

    Mengulas lanjut mengenai projek terbaharu itu, Meerqeen bagaimanapun masih belum bersedia mendedahkan judul filem berkenaan dan memaklumkan dia tidak menerima sebarang tawaran lain sehingga memasuki set penggambaran sekitar Julai depan.

    Dalam perkembangan lain, Meerqeen dinobatkan sebagai pemenang utama GMWA2025.

    The post ‘Dulu Pakai S, Sekarang XL’ – Meerqeen ‘Besarkan’ Badan Demi Watak, Kurang Main Media Sosial Elak Diejek Gemuk first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah