28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Didakwa Hilang ‘Aura’ Selepas Kahwin, Ernie Zakri Selesa Jadi Diri Sendiri – ‘Saya Bukan Cuba Jadi Orang Lain’

    Shopee Sale

    Penyanyi Ernie Zakri enggan mengambil pusing apabila menjadi sasaran kecaman netizen di media sosial, sebaliknya memilih untuk melihat perkara tersebut dari sudut yang positif.

    Artikel Berkaitan: ‘Sebagai Isteri & Penyanyi, Saya Faham Situasi Itu.. Syamel Rajin Update Pada Saya’ – Ernie Zakri

    Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Kongsi Pandangan Lagu Raya Sekarang – ‘Yang Tak Feel Kita Cari Lagu Lain, Muzik Terlalu Universal’

    Ernie Zakri tak ambil hati

    Ketika ditemui , Ernie berkata dia bersyukur kerana masih ada peminat yang mengambil berat dan mengikuti perkembangan kerjayanya sebagai penyanyi.

    Saya manusia biasa, kadang-kadang saya pun tak gembira bila kena kutuk. Tapi saya rasa bersyukur kerana ada orang masih menilai saya sebagai penyanyi. Saya lebih kepada menganggap nereka hanya bergurau, saya tak seharusnya pandang isu itu terlalu berat.

    Kalau dia orang tak suka saya, tak bagi perhatian pada saya, saya keluar lagu pun orang tak nak dengar. Jadi lebih baik saya jadi seorang yang bersyukur, rasa happy kerana masih ada lagi peminat-peminat daripada saya menjadi orang yang sangat-sangat negatif lah. 

    Tambah pelantun lagu Masing-Masing itu lagi, dia mengambil setiap komen dan kritikan netizen sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki diri dan kerjayanya.

    Tapi sebenarnya of course ada input yang saya boleh ambil dan simpan.

    Saya bukannya just scroll away kerana pada saya, hidup menjadi seorang penyanyi hasil daripada peminat-peminat yang suka saya. 

    Dalam masa sama, Ernie turut mengakui ada segelintir komen yang memberi kesan terhadap emosinya, namun isteri kepada penyanyi Syamel itu memilih untuk tidak terlalu memikirkan perkara negatif demi menjaga kesihatan mentalnya.

    MENARIK:  Remaja 13 Tahun Dihalau Tidur Di Koridor Flat Sehingga Terpaksa Buang Air Besar Di Tangga, Ibu Bapa Sudah Ditahan Polis

    Ernie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu Tak Berlagu, runut bunyi original (OST) drama Khadam di Serai Hall, KLGCC Mall, Bukit Kiara, pada Isnin.

    Ernie Zakri jadi diri sendiri

    Mengulas dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan dirinya kelihatan berbeza selepas berkahwin, Ernie berkata dia selesa menjadi dirinya sendiri dan tidak terlalu mengambil hati pandangan orang ramai.

    Mereka boleh cakap apa sahaja, saya happy dengan apa yang saya ada. Kadang-kadang itulah bila kita berkahwin pun akan ada isu, tak berkahwin lagi-lagilah ada isu. 

    Jelas Ernie lagi, apa yang dipaparkan di media sosial sebagai ‘Kak Nini’ adalah personaliti dirinya yang sebenar dan bukan dibuat-buat demi perhatian.

    Jadi, I’m just live my life happily. Apa yang orang tengok portray diri saya macam sebagai Kak Nini tu, this is just who I am. Saya bukan cuba untuk menjadi orang lain.  

    Ernie bagaimanapun menegaskan apa yang penting adalah keluarganya memahami dirinya dan dia masih mampu menjaga insan tersayang dengan baik.

    The post Didakwa Hilang ‘Aura’ Selepas Kahwin, Ernie Zakri Selesa Jadi Diri Sendiri – ‘Saya Bukan Cuba Jadi Orang Lain’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah